Melaka United Ikat Gopinathan, Chanturu

Melaka United mengikat dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memantapkan pasukan berkenaan dalam mengharungi Liga Super musim depan.

Melaka United Ikat Gopinathan, Chanturu

Melaka United mengikat dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memantapkan pasukan berkenaan dalam  mengharungi Liga Super musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Yusoff Mahadi berkata, khidmat R. Gopinathan dan S. Chanturu di posisi sayap dijangka dapat membantu skuad Hijau Putih itu beraksi dengan lebih cemerlang pada musim akan datang.

“Kedua-dua pemain ini merupakan pilihan jurulatih kerana mereka adalah pemain berpengalaman dan mempunyai sejarah pencapaian yang baik dalam bola sepak negara sebelum ini.

“Gopinathan dan Chanturu akan menjadi sebahagian daripada tonggak utama Melaka United selain menjadi motivasi kepada pemain lain untuk mempamerkan aksi lebih cemerlang pada Liga Super musim depan,” katanya pada sidang akhbar majlis menandatangani pemain baharu Melaka United di sini, hari ini.

Pada majlis itu, kedua-dua pemain berkenaan menandatangani kontrak selama setahun dengan Melaka United. Turut hadir ketua jurulatih Melaka United Eduardo Almeida.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata, penyertaan kedua-dua pemain tersebut ke dalam skuad Melaka United diharap dapat membantu mengembalikan kegemilangan karier bola sepak mereka.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya masih menunggu jawapan penyerang JDT Mohammed Ghaddar bagi melengkapkan kuota pemain pasukan berkenaan bagi musim 2018 dan keputusan tersebut dijangka diketahui akhir minggu ini.

“Sekarang pihak pengurusan JDT tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Ghaddar bagi menyertai Melaka United...hanya menunggu keputusan daripada beliau.

“Kita tidak mahu beliau menyertai Melaka United tanpa rela hati kerana ia akan menyebabkan prestasi yang diharapkan tidak dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata penyertaan Gopinathan dan Chanturu diharap dapat menarik minat pemain import dari Lubnan itu untuk turut serta mengharungi Liga Super bersama Melaka United pada tahun depan.

Sementara itu, Chanturu berharap penyertaannya dalam skuad berkenaan pada musim akan datang dapat memperbaiki kedudukan Melaka United berbanding musim ini, dengan berada di kedudukan kelapan.

“Saya berharap kedudukan pasukan akan sentiasa berada di atas sekurang-kurangnya empat teratas dan sebelum itu kita akan lihat dulu apa yang ketua jurulatih akan sasarkan pada musim depan. Saya harapkan musim depan adalah musim terbaik buat saya dan juga Melaka United," katanya.

Mengulas keputusannya menyertai Melaka United, anak kelahiran Kedah itu berkata tiada paksaan untuknya menjadi sebahagian daripada pemain pasukan itu selepas melihat prestasi ketua jurulatih, pengurusan pasukan dan pemain sedia ada.

Gopinathan pula berharap dapat beraksi dengan lebih kerap sepanjang Liga Super bersama skuad berkenaan pada musim hadapan bagi meningkatkan prestasinya selain membantu Melaka United memenangi sekurang-kurangnya dua piala.

Anak kelahiran Pahang itu, sebelum ini menyertai The Red Giants dan kemudian menyarung jersi skuad Harimau Selatan, namun kurang menyerlah.- Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Melaka United Ikat Gopinathan, Chanturu
Melaka United Ikat Gopinathan, Chanturu
Melaka United mengikat dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk memantapkan pasukan berkenaan dalam mengharungi Liga Super musim depan.
https://3.bp.blogspot.com/-TAvt6lyE1Jk/WhRPBWM_cII/AAAAAAAAG2Y/9LRzTRZku1Qq5XpjLSAbyRMzpoIhJP8IACK4BGAYYCw/s320/mu.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-TAvt6lyE1Jk/WhRPBWM_cII/AAAAAAAAG2Y/9LRzTRZku1Qq5XpjLSAbyRMzpoIhJP8IACK4BGAYYCw/s72-c/mu.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/11/melaka-united-ikat-gopinathan-chanturu.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/11/melaka-united-ikat-gopinathan-chanturu.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy