Siaran Langsung Tidak Jejas Kehadiran Penonton - Khairy

Penyiaran temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara langsung menerusi stesen televisyen dan aplikasi digital tidak akan menjejaskan kehadiran penonton di venue pertandingan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Siaran Langsung Tidak Jejas Kehadiran Penonton - Khairy
KUALA LUMPUR - Penyiaran temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara langsung menerusi stesen televisyen dan aplikasi digital tidak akan menjejaskan kehadiran penonton di venue pertandingan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yakin rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air akan sentiasa memberi sokongan padu kepada atlet negara dengan berada di setiap venue pertandingan.

“Saya rasa mesti ada permintaan yang banyak untuk menyaksikan semua sukan di stadium juga. Sebab itu kita sudah hampir menjual sepenuhnya tiket bagi beberapa sukan dan yang lain pun sedang dijual dengan begitu laris sekali.

“Saya tidak ada apa-apa kebimbangan bahawa dewan dan stadium tidak akan diisi. Ini (siaran langsung) untuk mereka yang tidak dapat datang (ke venue),” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran liputan komprehensif Sukan SEA oleh Astro Arena di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Khairy berkata temasya KL2017 bakal mencatat sejarah apabila mendapat liputan siaran langsung menerusi tiga badan penyiar tempatan iaitu Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rangkaian televisyen Media Prima serta platform digital seperti komputer riba dan peranti mudah alih.

“Dengan liputan Astro, saluran free-to-air dan liputan menerusi Youtube KL2017, tidak ada sebab rakyat tidak boleh mengikuti perkembngan atlet kita di temasya Sukan SEA nanti,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy berkata sebanyak 24 jenis sukan akan mendapat liputan penyiaran secara langsung bermula 14 Ogos, apabila acara bola sepak lelaki membuka tirai.

Selain bola sepak lelaki, acara yang turut disiarkan secara langsung adalah olahraga, akuatik, berbasikal (trek), tenpin boling, billiard dan snooker, ragbi 7, angkat berat, ping pong, gimnastik, luncur ais, tinju, muay, karate, taekwondo, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) berkata kerja produksi siaran langsung juga turut membabitkan beberapa pasukan produksi negara luar iaitu dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Menurut Khairy, berdasarkan rekod, nilai media TV untuk Sukan SEA Singapura 2015 ialah sebanyak RM328 juta, manakala satu kajian yang dibuat untuk temasya yang sama menunjukkan sejumlah 2,084 jam liputan siaran televisyen telah dipancarkan di seluruh Asia Tenggara, membabitkan sejumlah 398 juta penonton.

“Ini bermakna jumlah penonton televisyen yang akan mengikuti Sukan SEA kali ini dijangka maha besar (jauh lebih besar) daripada mana-mana temasya Sukan SEA sebelum ini.

“Kami percaya jumlah ini berubah dan bertambah besar dan pada Sukan Kuala Lumpur 2017 kali ini, lebih besar daripada jumlah liputan siaran televisyen dan jumlah penonton kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau teruja dengan segala persiapan yang telah diambil untuk memastikan bahawa masyarakat di seluruh negara dan juga rantau Asia Tenggara dapat menikmati dan mengikuti segala perkembangan Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos nanti.-Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Siaran Langsung Tidak Jejas Kehadiran Penonton - Khairy
Siaran Langsung Tidak Jejas Kehadiran Penonton - Khairy
Penyiaran temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara langsung menerusi stesen televisyen dan aplikasi digital tidak akan menjejaskan kehadiran penonton di venue pertandingan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
https://3.bp.blogspot.com/-SEy2rLjLG8w/WXA12yNNX7I/AAAAAAAAF8s/QeRYUngAtSMvSIdGGXfwT1R4X7iJukfPwCK4BGAYYCw/s640/kjsukansea.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-SEy2rLjLG8w/WXA12yNNX7I/AAAAAAAAF8s/QeRYUngAtSMvSIdGGXfwT1R4X7iJukfPwCK4BGAYYCw/s72-c/kjsukansea.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/siaran-langsung-tidak-jejas-kehadiran.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/siaran-langsung-tidak-jejas-kehadiran.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy