Rakyat Malaysia Belanja RM6.8bilion Untuk Telefon

Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK.

Rakyat Malaysia Belanja RM6.8bilion Untuk Telefon

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK.

Terminal Jualan GfK menunjukkan peningkatan jualan ketara daripada RM5.4 bilion pada 2015, dengan kenaikan terbesar disumbangkan oleh model telefon pintar pertengahan yang berharga di antara RM900 ke RM1,050, kata pengarah urusan organisasi itu bagi Asia Tenggara, Stanley Kee dalam satu kenyataan.

Beliau berkata rekod itu dibuat bermula Mac 2016 hingga Februari 2017.

“Telefon pintar berjenama dari China merupakan pemacu utama kepada peningkatan permintaan peranti mudah alih tahun lepas, yang mana ia juga mencatatkan jumlah tertinggi jenama telefon pintar baharu memasuki pasaran.

“Dengan peningkatan rangkaian mudah alih baru-baru ini, pengguna di negara ini sering menggunakan telefon pintar mereka bagi aktiviti seperti membeli-belah dalam talian, media sosial dan pencarian umum dalam internet,” katanya.

Terminal jualan GfK juga menunjukkan 37 peratus telefon pintar yang dijual di seluruh negara semasa tempoh itu mempunyai skrin bersaiz sekitar 5.01 hingga 5.6 inci, berbanding 21 peratus pada tahun sebelumnya, menjadikan peningkatan saiz skrin sebagai segmen terpantas dalam masa 12 bulan.

Kee berkata aplikasi membeli-belah juga semakin popular serta turut membuka laluan kepada pembayaran mudah alih.

“Lebih ramai pengguna hari ini menyumbang kepada peningkatan dagangan mudah alih (m-dagang) di Malaysia, membuat bayaran menerusi peranti mudah alih untuk membeli barangan runcit, tiket penerbangan dan perkhidmatan seperti Grab dan Uber,” katanya.

Beliau berkata pada 2016, kajian pengguna Pemantau Pembeli Elektronik GfK yang dilaksanakan di rantau Asia Pasifik, menunjukkan kebanyakan responden Malaysia menentukan harga dan jenama sebagai faktor utama dalam pembelian telefon pintar.

“Memandangkan pengguna Malaysia bergantung kepada harga, kami percaya kategori pertengahan telefon pintar akan terus mendominasi pasaran tahun ini,” kata Kee. – Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Rakyat Malaysia Belanja RM6.8bilion Untuk Telefon
Rakyat Malaysia Belanja RM6.8bilion Untuk Telefon
Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar tahun lepas, demikian menurut kajian organisasi penyelidikan pemasaran terbesar Jerman, GfK.
https://3.bp.blogspot.com/-eYvn4nnhN24/WV3LOWd28pI/AAAAAAAAF0U/DLeJ2gzx4BQ40sFLmAseJpOexsh9VvMIwCK4BGAYYCw/s640/Rakyat%2BMalaysia%2Bbelanja%2BRM6.8bilion%2Buntuk%2Btelefon.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-eYvn4nnhN24/WV3LOWd28pI/AAAAAAAAF0U/DLeJ2gzx4BQ40sFLmAseJpOexsh9VvMIwCK4BGAYYCw/s72-c/Rakyat%2BMalaysia%2Bbelanja%2BRM6.8bilion%2Buntuk%2Btelefon.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/rakyat-malaysia-belanja-rm68bilion.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/rakyat-malaysia-belanja-rm68bilion.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy