Penjara 36 Tahun, 30 Sebat Rogol Anak Saudara

Bapa saudara dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan manakala rakan lelaki itu pula dihukum penjara 30 tahun dan sembilan sebatan, manakala bapa mangsa dihukum penjara setahun setengah oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam

Penjara 36 Tahun, 30 Sebat Rogol Anak Saudara
KOTA BHARU – Bapa saudara dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan, rakan lelaki itu pula dihukum penjara 30 tahun dan sembilan sebatan, manakala bapa mangsa dihukum penjara setahun setengah oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Kesemua hukuman itu diputuskan Hakim, Nazri Ismail terhadap buruh berusia 22 tahun dan rakan sebayanya, Che Hasan Basri masing-masing kerana tiga tuduhan merogol mangsa sejak usia sembilan tahun.

Bapa mangsa pula dihukum kerana mencabul kehormatan anak perempuannya itu pada usia 11 tahun. Kesemua mereka dihukum selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan terhadap mangsa di dalam sebuah bilik di rumah alamat Kampung Gong Chokoh, Pasir Puteh, dari tahun 2014 hingga 2016.

Bapa saudara mangsa didakwa pada tuduhan pertama merogolnya pada jam 5 petang dalam Mei 2014 (mangsa berusia sembilan tahun tujuh bulan).

Kedua, pada pertengahan Januari dan Disember 2015 (mangsa berusia 10 tahun sebulan) dan ketiga pada tempoh sama tahun berikutnya ketika mangsa berusia 11 tahun sebulan).

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat minimum 10 kali.   

Nazri menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu serta mengarahkannya berkuat kuasa secara berturutan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Jun 2017.

Che Hasan pula didakwa pada tuduhan pertama merogol mangsa antara jam 1 dan 2 pagi dalam Mei 2014; kedua, pada pertengahan Januari dan Disember 2015 dan ketiga, pada pertengahan Januari dan Disember 2016.

Dakwaan terhadap Che Hasan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh itu dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan dan juga berkuat kuasa secara berturutan bermula dari tarikh tangkapan yang sama.

Bapa mangsa yang berusia 35 tahun pula mengaku salah mencabul mangsa antara jam 1 dan 2 pagi di lokasi sama pada awal tahun ini.

Hukuman penjara setahun setengah diputuskan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Terdahulu, mereka memohon hukuman ringan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wong Siew Mun mencadangkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Penjara 36 Tahun, 30 Sebat Rogol Anak Saudara
Penjara 36 Tahun, 30 Sebat Rogol Anak Saudara
Bapa saudara dihukum penjara 36 tahun dan 30 sebatan manakala rakan lelaki itu pula dihukum penjara 30 tahun dan sembilan sebatan, manakala bapa mangsa dihukum penjara setahun setengah oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam
https://3.bp.blogspot.com/-6DofVPsltow/WXBAFxtN6gI/AAAAAAAAF84/36OsOu2s05kwHVcDV7mrLkk2VEkTHEyGwCK4BGAYYCw/s640/kes%2Brogol.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-6DofVPsltow/WXBAFxtN6gI/AAAAAAAAF84/36OsOu2s05kwHVcDV7mrLkk2VEkTHEyGwCK4BGAYYCw/s72-c/kes%2Brogol.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/penjara-36-tahun-30-sebat-rogol-anak.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/penjara-36-tahun-30-sebat-rogol-anak.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy