Penyokong Presiden Venezuela Serang Parlimen

Sesi Dewan Negara Venezuela terpalit detik-detik hitam apabila sekumpulan penyokong Presiden menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menyerang beberapa ahli politik pembangkang.

Parlimen Venezuela Diserang
VENEZUELA - Sesi Dewan Negara Venezuela terpalit detik-detik hitam apabila sekumpulan penyokong Presiden menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menyerang beberapa ahli politik pembangkang.

Menurut AFP, kejadian itu berlaku selepas sesi persidangan bermula untuk mengadakan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.

Kira-kira 100 penyokong kerajaan yang menggunakan pistol dan bahan letupan melepasi kawalan polis tentera dan kumpulan penyerang menggunakan kayu serta batang besi untuk melakukan serangan.

Seramai 350 orang terperangkap dalam bangunan tersebut selama beberapa jam termasuk 108 wartawan, pelajar dan pengunjung.

Pihak berkuasa Venezuela mengesahkan lima anggota Parlimen cedera dalam kejadian itu dan beberapa mangsa terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.

Selain itu, beberapa wartawan dan dua staf Parlimen turut dilaporkan cedera.

Akhbar tempatan, Tal Cual menyalahkan kumpulan milita yang dikenali sebagai 'colectivos' sebagai dalang dalam kejadian itu selepas mereka dipercayai menggunakan roket untuk memecah masuk ke dalam bangunan Parlimen.

Insiden berkenaan berlaku ketika Presiden Nicolas Maduro menyampaikan ucapan pada perarakan tentera sempena Hari Kemerdekaan di lokasi lain di ibu negara tersebut.

Kerajaan Venezuela menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu dan tidak dapat dipastikan sama ada sebarang tangkapan telah dibuat.

Venezuela dibayangi tunjuk perasaan ganas sejak beberapa bulan lalu ekoran krisis ekonomi yang dihadapinya.

Malah situasi diburukkan lagi apabila Dewan Negara dikuasai oleh parti pembanngkang sejak pilihan raya pada Disember 2015.

Kumpulan anti-Maduro mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menentang kerajaan sejak tiga bulan lalu yang menyaksikan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan anggota keselamatan.
Sekurang-kurangnya 90 orang disahkan terbunuh dalam keganasan tersebut. - BBC

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Penyokong Presiden Venezuela Serang Parlimen
Penyokong Presiden Venezuela Serang Parlimen
Sesi Dewan Negara Venezuela terpalit detik-detik hitam apabila sekumpulan penyokong Presiden menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menyerang beberapa ahli politik pembangkang.
https://1.bp.blogspot.com/-4z2-oOnUx0Q/WV3MhVuw2JI/AAAAAAAAF0g/PY2KEmvEB9kiXQEfpSrxVwmoTofak-yjgCK4BGAYYCw/s640/Serang%2BParlimen.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-4z2-oOnUx0Q/WV3MhVuw2JI/AAAAAAAAF0g/PY2KEmvEB9kiXQEfpSrxVwmoTofak-yjgCK4BGAYYCw/s72-c/Serang%2BParlimen.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/parlimen-venezuela-diserang.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/parlimen-venezuela-diserang.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy