Kerajaan Sedia Pinjaman Tanpa Slip Gaji Untuk Miliki Rumah

Kerajaan menerusi Bank Negara dan Agro Bank meluluskan pinjaman tanpa slip gaji bagi memberi peluang kepada golongan belia memiliki kediaman sendiri.


KETENGAH JAYA - Kerajaan menerusi Bank Negara dan Agro Bank meluluskan pinjaman tanpa slip gaji bagi memberi peluang kepada golongan belia memiliki kediaman sendiri.

Kelonggaran tersebut baharu kali pertama diperkenalkan untuk pemohon di bawah Skim Rumah Bina Negara (RBN) dan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bank Negara bersetuju melalui Agro Bank membenarkan penduduk khususnya belia-belia luar bandar meluluskan pinjaman tanpa slip gaji.

“Kelonggaran ini kali pertama kerana semua pinjaman bank harus mempunyai slip gaji tetapi ia mendatangkan masalah kepada pemohon kerana bukan semua pekerja mempunyai slip gaji.

“Bagaimanapun dengan syarat iaitu perlu mendapatkan pengesahan pendapatan dari wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR)," katanya selepas melancarkan tapak cadangan perumahan teres dan majlis penyerahan bangunan dua tingkat, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail dan Timbalan Pengerusi Ketengah, Datuk Din Adam.

Menurutnya, buat masa ini kelonggaran itu hanya untuk RBN di bawah KKLW.

"Namun sekiranya ada pihak dan agensi lain, contohnya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berminat mereka boleh membuat permohonan untuk dipertimbangkan.

“Sebelum ini kita ada berbincang dengan beberapa bank termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Agro Bank tetapi setakat ini hanya Agro Bank diluluskan,” katanya

7,000 Unit RBN dibina

Beliau berkata, pada tahun ini KKLW memperuntukkan RM200 juta untuk projek RBN di seluruh negara iaitu RM100 juta di bawah Risda dan RM100 juta Felcra.

“Menerusi peruntukan itu sebanyak 5,000 unit akan dibina di bawah Risda, manakala 2,000 unit di bawah Felcra.

“Projek pembinaan rumah ini melalui dua kaedah iaitu rumah berharga RM125,000 akan diberi subsidi sebanyak RM50,000. Manakala untuk rumah yang bernilai RM65,000 akan diberi subsidi sebanyak RM 20 000,” katanya.

200 unit RBN di wilayah Ketengah

Beliau berkata, untuk wilayah Ketengah sebanyak RM7 juta diperuntukkan oleh KKLW untuk pembinaan 200 rumah RBN.

“Ketengah telah mem-bangunkan 178 lot tanah di wilayahnya untuk perumahan membabitkan lokasi di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Bandar Bukit Besi dan Bandar Ketengah Jaya.

“Pelancaran di Ketengah Jaya hari ini melibatkan 43 unit rumah melibatkan kawasan seluas 5.62 hektar dan dianggarkan dijual pada harga RM75,000 untuk setiap satu," katanya.

Sementara itu, serentak dengan itu turut diadakan majlis mesra rakyat dan sambutan hari raya Wilayah Ketengah 2017.

Beliau berkata, dianggarkan lebih 10,000 hadir memeriahkan majlis tersebut dan pelbagai inisiatif turut disampaikan kepada rakyat berkelayakan.

“Antaranya penyerahan pera-latan sokongan kepada Pusat Rehabilitasi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Terengganu.

“Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pusat ini, kerajaan negeri bersetuju menyumbangkan sebuah van khas berharga RM158,600 untuk kegunaan membawa pesakit terutamanya yang memerlukan bantuan khas,” katanya.

Turut disampaikan sijil SSPN kepada anak yatim dan penyampaian sumbangan peralatan sokongan kepada pesakit terlantar di sekitar Bandar Ketengah Jaya, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kerajaan Sedia Pinjaman Tanpa Slip Gaji Untuk Miliki Rumah
Kerajaan Sedia Pinjaman Tanpa Slip Gaji Untuk Miliki Rumah
Kerajaan menerusi Bank Negara dan Agro Bank meluluskan pinjaman tanpa slip gaji bagi memberi peluang kepada golongan belia memiliki kediaman sendiri.
https://2.bp.blogspot.com/--_uQhRkvFdw/WXF4ac35L5I/AAAAAAAAF-M/NAqtUl9ynCEWzhUxNa1NpHNuXYUo8OfZQCK4BGAYYCw/s640/RBN.JPG
https://2.bp.blogspot.com/--_uQhRkvFdw/WXF4ac35L5I/AAAAAAAAF-M/NAqtUl9ynCEWzhUxNa1NpHNuXYUo8OfZQCK4BGAYYCw/s72-c/RBN.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/kerajaan-sedia-pinjaman-tanpa-slip-gaji.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/kerajaan-sedia-pinjaman-tanpa-slip-gaji.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy