CEO, Pegawai Zakat Pulau Pinang Didakwa Rasuah

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima suatu barangan berharga tanpa balasan, antara tahun 2010 hingga 2015.

CEO, Pegawai Zakat Pulau Pinang Didakwa Rasuah
BUTTERWORTH - Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima suatu barangan berharga tanpa balasan, antara tahun 2010 hingga 2015.

Azman, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya, iaitu pemilik syarikat MNI Venture, Ros Suriyati Alang, di kediamannya di No 1048 Mukim 2 Permatang Rambai, Permatang Pauh, pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya, iaitu pemilik syarikat Al Global Trading, Ashari Ismail, di Pejabat ZPP di No 4 Jalan Perda Selatan, Bukit Mertajam, antara tahun 2011 hingga 2015.

Seterusnya, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Roscani Paris bernilai RM750 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya, iaitu pemilik syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusri Ibrahim, di kedai makanan berhampiran Pejabat ZPP di Seberang Perai Tengah, pada tahun 2015.

Bagi setiap pertuduhan, Azman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa kemudian membenarkan Azman dijamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, selain menetapkan 21 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Dalam pertuduhan berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf Dan Ekonomi Zakat Pulau Pinang, Mohd Wardi Ramli, 35, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada kontraktor, antara tahun 2015 hingga 2016.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapat suapan apabila mengesyorkan Syarikat Al Global Trading untuk membekalkan 26 set cadar single; cadar queen (52 set) dan selimut (100 set) berjumlah RM10,240 dengan mengemukakan sebut harga kepada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di Pejabat ZPP, Bukit Mertajam, pada 26 Oktober 2015.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bagi kesalahan sama apabila membuat permohonan dan mengesyorkan syarikat sama untuk membekalkan 1,480 anak ayam kampung dan 50 kilogram dedak Gold Coin 501, berjumlah RM4,842 di Pejabat ZPP, Bukit Mertajam, pada 11 November 2016.

Mohd Wardi didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 14 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Azman diwakili peguam Mohamed Reza Rahim dan Mohd Wardi diwakili peguam Hadi Mulyana Citrawijaya Suyadi, lapor Berita Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: CEO, Pegawai Zakat Pulau Pinang Didakwa Rasuah
CEO, Pegawai Zakat Pulau Pinang Didakwa Rasuah
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima suatu barangan berharga tanpa balasan, antara tahun 2010 hingga 2015.
https://3.bp.blogspot.com/-ZjTcOFV3Zoc/WW7yIuykj9I/AAAAAAAAF7o/5R8K-KunC8I6qKn-f1jkhI6nbzUmBL-XACK4BGAYYCw/s640/Datuk_Azman_Abdul_Samat.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ZjTcOFV3Zoc/WW7yIuykj9I/AAAAAAAAF7o/5R8K-KunC8I6qKn-f1jkhI6nbzUmBL-XACK4BGAYYCw/s72-c/Datuk_Azman_Abdul_Samat.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/ceo-pegawai-zakat-pulau-pinang-didakwa.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/ceo-pegawai-zakat-pulau-pinang-didakwa.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy