7 Remaja Pukul Rakan Sekolah Ditahan

Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terbabit seorang rakan sekolah mereka di depan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin lalu.

7 Remaja Pukul Rakan Sekolah Ditahan

JOHOR BAHRU - Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terbabit seorang rakan sekolah mereka di depan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin lalu.

Penahanan semua suspek berusia antara 14 dan 16 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi selepas orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata kejadian pada jam 5.20 petang itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melaporkan suspek dan beberapa rakan memanjat pagar sekolah untuk ponteng, kepada guru sekolah.

Berikutan rasa tidak berpuas hati, suspek dan rakannya mencederakan mangsa dengan menendang, memijak dan menumbuk muka serta badannya sehingga mangsa cedera pada kepala, lebam pada muka dan bahagian belakang serta luka tangan.

Katanya, mangsa yang berusia 13 tahun itu kemudiannya diselamatkan orang awam yang ternampak kejadian itu, sebelum memaklumkannya kepada pihak sekolah dan keluarga mangsa.

Semua suspek direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Siasatan terperinci dijalankan kerana polis tidak memberi ruang kepada kemasukan elemen gangsterisme menular ke dalam sekolah, " katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, beliau mengesahkan lima individu termasuk seorang perempuan turut diberkas kerana memukul seorang pelajar lelaki tingkatan lima yang enggan menyertai kumpulan kongsi gelap, pada 16 Julai lalu.

Beliau berkata empat daripada suspek ditahan polis Johor pada awal pagi semalam (18 Julai) manakala seorang lagi ditahan dengan bantuan polis Melaka hari yang sama.

"Semua yang ditahan berumur antara 15 dan 19 tahun dengan tiga daripadanya direman hingga 20 Julai ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun sama yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, " katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 7 Remaja Pukul Rakan Sekolah Ditahan
7 Remaja Pukul Rakan Sekolah Ditahan
Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terbabit seorang rakan sekolah mereka di depan sebuah sekolah menengah di Skudai di sini, Isnin lalu.
https://3.bp.blogspot.com/--dsSAZwGK1c/WW7wUaXd7JI/AAAAAAAAF7g/YEmnBj1dykoMfFK2_uOA3aWMIyN-1DkiACK4BGAYYCw/s640/7%2Bremaja%2Bpukul%2Brakan%2Bsekolah%2Bditahan.jpg
https://3.bp.blogspot.com/--dsSAZwGK1c/WW7wUaXd7JI/AAAAAAAAF7g/YEmnBj1dykoMfFK2_uOA3aWMIyN-1DkiACK4BGAYYCw/s72-c/7%2Bremaja%2Bpukul%2Brakan%2Bsekolah%2Bditahan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/07/7-remaja-pukul-rakan-sekolah-ditahan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/07/7-remaja-pukul-rakan-sekolah-ditahan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy