Perhimpunan Jerusalem Jubilee Diharamkan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.

Haramkan Perhimpunan Jerusalem Jubilee

IPOH -Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.

"Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai ...saya sebagai Menteri Dalam Negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.

"Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri," katanya semasa berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di sini Isnin.

Pada majlis itu timbalan perdana menteri berbuka puasa dan bersama-sama dengan hadirin menunaikan solat maghrib di Masjid Annur, Batu 8, Ulu Kinta.Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang anak yatim.

Terdahulu pihak penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee dilapor telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan mereka telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu dan sehingga kini sebanyak 32 laporan polis telah dibuat.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepasa organisasi Islam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut.

"Beberapa laporan polis telah sampai ke Bukit Aman dan mereka merujuk perkara ini kepada saya dan dengan kuasa Menteri Dalam Negeri, saya arahkan PDRM membatalkan perhimpunan itu," katanya sambil menambah meraikan penjajahan Israel ke atas Palestin turut melukakan hati rakyat Malaysia.

Timbalan perdana menteri memberi amaran kepada semua pihak agar menghormati agama lain dan saling menjaga toleransi beragama di negara ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.

"Kita menghormati agama lain walaupun ada bekas tokoh yang mengatakan negara Malaysia bukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi. 

Tetapi agama Islam adalah agama Persekutuan. Sila rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya buta warna dalam menjalankan tugas yang menjaga sensitivi agama lain. Ada perkara yang boleh dimaafkan, tetapi yang tak boleh dimaafkan jika berkait dengan Islam, " tegas Ahmad Zahid.

Dalam pada itu beliau mengumumkan akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri khusus untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai menghargai sumbangan dan jasa mereka kepada negara. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Perhimpunan Jerusalem Jubilee Diharamkan
Perhimpunan Jerusalem Jubilee Diharamkan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.
https://1.bp.blogspot.com/-4sJQprnDyEM/WTYb8bvTDGI/AAAAAAAAFbc/Ic5z4wj6UxQM1SUSs5E-8twu9Q3tna0MACK4B/s640/zahid%2Btpm%2Bkdn.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-4sJQprnDyEM/WTYb8bvTDGI/AAAAAAAAFbc/Ic5z4wj6UxQM1SUSs5E-8twu9Q3tna0MACK4B/s72-c/zahid%2Btpm%2Bkdn.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/06/perhimpunan-jerusalem-jubilee-diharamkan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/06/perhimpunan-jerusalem-jubilee-diharamkan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy