Ops Selamat 11 Bermula 14 Jun Ini

Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Rabu depan (14 Jun), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Ops Selamat 11 Bermula 14 Jun Ini

KUALA LUMPUR - Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Rabu depan (14 Jun), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata operasi trafik berkenaan diteruskan dengan bertujuan mendidik pengguna jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya semasa musim perayaan.

"Selain penguatkuasaan, kesedaran orang ramai juga penting untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di musim perayaan," katanya ketika berucap sempena Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Pusat Latihan Polis, di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mendedahkan sebanyak 1.4 juta daripada 5.3 juta jumlah saman masih belum dijelaskan oleh pesalah trafik bagi tempoh tahun lepas.       

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM sentiasa bersiap siaga dengan melipatgandakan usaha, risikan dan rondaan keselamatan bagi menangani ancaman khususnya daripada kumpulan militan Daesh yang cuba mencemari kemuliaan bulan Ramadan dengan melancarkan beberapa serangan kononnya atas dasar jihad.

"Mereka melihat bulan mulia ini sebagai 'bulan jihad dan bulan bencana' dengan menggalakkan pengikutnya menyerang dan serta membunuh orang awam termasuk umat Islam sebagai tiket untuk 'mati syahid'.

"PDRM sentiasa bersiap siaga untuk menggagalkan niat serong dan jihad terpesong kumpulan berkenaan," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan bantuan dan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim, ibu tunggal dan bekas anggota PDRM. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ops Selamat 11 Bermula 14 Jun Ini
Ops Selamat 11 Bermula 14 Jun Ini
Op Selamat 11 sempena Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada Rabu depan (14 Jun), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
https://2.bp.blogspot.com/-esxrvdcVECM/WTi0ihyBU-I/AAAAAAAAFew/A9XE496n3-o0FV1Cx2bjmdizx8lCmFr_gCK4B/s640/ops%2Bselamat11.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-esxrvdcVECM/WTi0ihyBU-I/AAAAAAAAFew/A9XE496n3-o0FV1Cx2bjmdizx8lCmFr_gCK4B/s72-c/ops%2Bselamat11.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/06/ops-selamat-11-bermula-14-jun-ini.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/06/ops-selamat-11-bermula-14-jun-ini.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy