Empat Datuk Antara Ditahan SPRM

Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Empat Datuk Antara Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -  Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendaftar peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

SPRM dalam kenyataannya di sini menyatakan mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.

"Kesemua suspek disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

"Anggota-anggota koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu, yang didaftarkan di bawah naungan ahli-ahli lembaga berkenaan," kata SPRM.

Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan lokasi, masa dan umur kesemua suspek yang ditahan.

Menurut SPRM kesemua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.

"Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila anggota koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada anggota berkenaan.

"Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan," menurut kenyataan SPRM itu.

SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap enam individu itu esok.

Semasa dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Empat Datuk Antara Ditahan SPRM
Empat Datuk Antara Ditahan SPRM
Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
https://2.bp.blogspot.com/-H27hg0A-N90/WTdrxhxqNwI/AAAAAAAAFcs/5ItzYGP17_48sPIWx_5n1rcJpN8xnDsawCK4B/s640/sprm%2Bazam%2Bbaki.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-H27hg0A-N90/WTdrxhxqNwI/AAAAAAAAFcs/5ItzYGP17_48sPIWx_5n1rcJpN8xnDsawCK4B/s72-c/sprm%2Bazam%2Bbaki.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/06/empat-datuk-antara-ditahan-sprm.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/06/empat-datuk-antara-ditahan-sprm.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy