Vingada Janji Bentuk Kombinasi Mantap Menjelang Piala Asia 2019

Nelo Vingada berjanji akan mempersiapkan skuad Harimau Malaya dengan sebaik mungkin bagi menampilkan prestasi terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Larkin di sini, 13 Jun ini.

Vingada Janji Bentuk Kombinasi Mantap Menjelang Piala Asia 2019

JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih baharu, Nelo Vingada berjanji akan mempersiapkan skuad Harimau Malaya dengan sebaik mungkin bagi menampilkan prestasi terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Larkin di sini, 13 Jun ini.

Jurulatih kelahiran Portugal itu, yang baru tiba di tanah air sejak seminggu lepas, juga berharap tempoh latihan pusat selama dua minggu sudah memadai untuk membentuk kombinasi mantap dan terbaik untuk perlawanan tersebut.

"Saya tidak mahu memberi alasan bahawa saya memerlukan lebih banyak masa tetapi saya akan berusaha membentuk sebuah pasukan yang terdiri daripada barisan pemain berkualiti. Sudah tentu ada tekanan tetapi ini ada perkara biasa sebelum perlawanan.

"Saya harap dapat gunakan masa ini untuk mengenali pemain kerana baru sahaja menggalas tugas ini namun saya percaya kepada orang yang saya bekerja dengan," katanya kepada pemberita selepas hari pertama sesi latihan pusat di padang Seri Gelam di sini, lewat malam tadi.

Sesi latihan melibatkan 26 pelatih skuad Harimau Malaya bermula pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, 11 pelatih daripada pasukan Johor Darul Ta''zim (JDT) tidak dapat menyertai latihan pusat kerana sedang membuat persiapan bagi menghadapi kelab Filipina, Ceres Negros FC pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, malam esok.

Mereka dijangka mengikuti sesi latihan pusat pada 3 Jun ini.

Mengenai isu sembilan pemain berusia 30 tahun ke atas dan dilabel kuda tua dalam skuad pelatih Harimau Malaya, Vingada berkata usia tidak menjadi masalah selagi mana-mana pemain disenaraikan dapat menampilkan persembahan terbaik.

Misalnya, katanya, pemain berusia lebih 30 tahun yang masih lagi menunjukkan prestasi terbaik mewakili pasukan Itali dan England.

"Secara peribadi, saya suka untuk melabur dalam pemain baharu...membawa masuk bakat-bakat baharu dan ia sentiasa menjadi kepakaran saya dan sebab itu saya membawa masuk dua pemain berusia 22 tahun. Sekiranya, mereka menampilkan persembahan berkualiti, mereka boleh menyarung jersi kebangsaan...sama dengan pemain-pemain yang sudah berusia," katanya.

Vingada berkata beliau dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor. Tunku Ismail Sultan Ibrahim komited untuk membawa perubahan dan idea baharu dalam kancah bola sepak tempatan.

"Seandainya, kita memperoleh keputusan baik pada perlawanan kelayakan Piala Asia, sudah pasti ia memberi motivasi ke arah hala tuju baharu dalam kancah bola sepak negara," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Vingada Janji Bentuk Kombinasi Mantap Menjelang Piala Asia 2019
Vingada Janji Bentuk Kombinasi Mantap Menjelang Piala Asia 2019
Nelo Vingada berjanji akan mempersiapkan skuad Harimau Malaya dengan sebaik mungkin bagi menampilkan prestasi terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan di Stadium Larkin di sini, 13 Jun ini.
https://3.bp.blogspot.com/-Bza4XA8NoDQ/WS0U1uPlpuI/AAAAAAAAFXk/sIvsuFlWPf0oA5WrPh5_4PKAmsvt1vmfwCK4B/s640/malaysia.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Bza4XA8NoDQ/WS0U1uPlpuI/AAAAAAAAFXk/sIvsuFlWPf0oA5WrPh5_4PKAmsvt1vmfwCK4B/s72-c/malaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/vingada-janji-bentuk-kombinasi-mantap.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/vingada-janji-bentuk-kombinasi-mantap.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy