Susulan Pukul Suspek Cabul, Lima Individu Ditahan

Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi

Susulan Pukul Suspek Cabul, Lima Individu Ditahan

ALOR SETAR - Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi di dalam tandas sebuah kompleks beli belah di Alor Setar, pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Rohana Omar ketika dihubungi memaklumkan, kesemua yang ditahan berusia belasan tahun hingga 20an.

Mereka ditahan lewat petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi dirakam percakapan.

Setakat ini, polis masih mengesan beberapa individu lain bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kesemua yang ditahan telah direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 4 petang Ahad, seorang lelaki yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk mangsa yang berusia 21 tahun di dalam tandas dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.

Dikatakan, berlaku pergelutan hampir sepuluh minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan awam sebelum lelaki terbabit dibelasah dengan teruk di bahagian muka dan kepala.

Lelaki berkenaan yang kemudiannya ditangkap oleh orang awam diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang kemudian membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Keadaan suspek dilaporkan masih kritikal dan dirawat di zon merah akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis lagi, kakak lelaki berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya, memetik laporan Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Susulan Pukul Suspek Cabul, Lima Individu Ditahan
Susulan Pukul Suspek Cabul, Lima Individu Ditahan
Lima individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki berusia 31 tahun yang dibelasah hingga koma selepas didakwa mencabul seorang pekerja kedai telekomunikasi
https://2.bp.blogspot.com/-mHNOXwevnI0/WS0Mvn4IrmI/AAAAAAAAFXI/Fv7xUaec1gYsYkvp4b32LWTswvVmhAfDACK4B/s640/kes%2Bpukul%2Bsuspek%2Bcabul.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-mHNOXwevnI0/WS0Mvn4IrmI/AAAAAAAAFXI/Fv7xUaec1gYsYkvp4b32LWTswvVmhAfDACK4B/s72-c/kes%2Bpukul%2Bsuspek%2Bcabul.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/susulan-pukul-suspek-cabul-lima.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/susulan-pukul-suspek-cabul-lima.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy