Penolong Pengurus Belia KFA Direman

Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama empat hari untuk membantu kes penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Penolong Pengurus Belia KFA Direman

ALOR SETAR - Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama  empat hari untuk membantu kes penipuan  pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Mei dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek lelaki berusia 41 tahun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Sahabudin Abd Manan mengesahkan tangkapan ke atas suspek berkenaan.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kota Sarang Semut, Alor Setar kira-kira jam 4.30 petang semalam.

"Suspek dipercayai memperdaya pengadu yang berusia 24 tahun dalam urusan pelaburan Forex dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dari jumlah yang dilaburkan setiap dua minggu selama beberapa kali.

"Difahamkan, pengadu yang melabur sebanyak RM50,000 dengan memberi wang berkenaan dengan memasukkan akaun bank suspek. Pada Mac tahun lalu, pengadu membuat laporan polis selepas tidak mendapat sebarang keuntungan yang dijanjikan,"katanya.

Turut, difahamkan, lebih  500 ahli telah menyertainya. Semua wang yang diterima oleh pengadu daripada ahli pengadu telah masukkan ke dalam akaun suspek  berjumlah  RM 3.5 Juta, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Penolong Pengurus Belia KFA Direman
Penolong Pengurus Belia KFA Direman
Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama empat hari untuk membantu kes penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.
https://3.bp.blogspot.com/-VaU76usujD8/WRFq2QOeUcI/AAAAAAAAFKs/XLRKaXHBP5of8F0jgZcGEiaN8l84SXENwCK4B/s640/Penolong%2Bpengurus%2Bbelia%2BPersatuan%2BBolasepak%2BKedah%2B%2528KFA%2529.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-VaU76usujD8/WRFq2QOeUcI/AAAAAAAAFKs/XLRKaXHBP5of8F0jgZcGEiaN8l84SXENwCK4B/s72-c/Penolong%2Bpengurus%2Bbelia%2BPersatuan%2BBolasepak%2BKedah%2B%2528KFA%2529.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/penolong-pengurus-belia-kfa-direman.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/penolong-pengurus-belia-kfa-direman.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy