Khidmat Pergigian Haram Undang Risiko Jangkitan HIV

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram yang semakin berleluasa di negara ini.

Khidmat Pergigian Haram Undang Risiko Jangkitan HIV

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram yang semakin berleluasa di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan khidmat pergigian haram boleh mendatangkan komplikasi  lebih buruk seperti risiko dijangkiti virus HIV dan Hepatitis.

Jelasnya, risiko jangkitan tersebut ke atas pesakit tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan dengan sempurna.

"Kami khuatir kerana orang ramai masih kurang sedar bahawa mereka yang menawarkan prosedur tersebut adalah tidak bertauliah akibat mudah tertarik dengan tawaran harga yang dianggap murah.

"Kami mahu orang ramai peka dan mengambil berat risiko yang akan dialami sekiranya mendapatkan perkhidmatan dari pengamal pergigian haram yang tidak bertauliah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, perkhidmatan pergigian kosmetik seperti pemasangan pendakap gigi (braces) dan venir pergigian (dental veneers) boleh mengakibatkan kesakitan, infeksi, ulser mulut, gigi longgar, pergerakan gigi yang luar biasa, karies gigi, kehilangan gigi dan gusi yang bengkak serta bernanah.

Justeru, pihaknya menyeru orang ramai untuk mendapatkan sebarang rawatan pergigian di klinik pergigian kerajaan mahupun swasta yang berdaftar dan dilakukan oleh dengan pengamal pergigian yang bertauliah.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kegiatan pengamal pergigian yang mencurigakan digesa untuk tampil dan menyalurkan aduan rasmi kepada Bahagian Kesihatan Pergigian KKM agar penguatkuasaan boleh dijalankan dan tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil.

"Sejak tahun 2015 sehingga kini, sejumlah 46 aduan telah diterima mengenai pengamal pergigian haram.

"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 18 kes telah berjaya dibawa ke mahkamah. Dalam kes terbaharu yang didakwa di negeri Johor pada 30 Mac 2017 yang lalu, tertuduh telah dikenakan denda maksimum sebanyak RM300,000 atau penjara selama 3 bulan," katanya lagi, memetik laporan Sinar Harian.

Menurut beliau lagi, pendaftaran pengamal pergigian boleh disemak di laman web Majlis Pergigian Malaysia di mdc.moh.gov.my atau dpims.moh.gov.my.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Khidmat Pergigian Haram Undang Risiko Jangkitan HIV
Khidmat Pergigian Haram Undang Risiko Jangkitan HIV
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius mengenai kegiatan pengamal pergigian haram yang semakin berleluasa di negara ini.
https://3.bp.blogspot.com/-ZOH2c89lRbA/WQrW-ZHVd1I/AAAAAAAAFD4/MTw93_yj0LoNdvAmjlfVu9a_ht7jIAjzwCK4B/s640/khidmat%2Bklinik%2Bgigi%2Bharam.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-ZOH2c89lRbA/WQrW-ZHVd1I/AAAAAAAAFD4/MTw93_yj0LoNdvAmjlfVu9a_ht7jIAjzwCK4B/s72-c/khidmat%2Bklinik%2Bgigi%2Bharam.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/khidmat-pergigian-haram-undang-risiko.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/khidmat-pergigian-haram-undang-risiko.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy