Hukum Pelaburan ASNB Harus - Mufti Selangor

Jabatan Mufti Negeri Selangor kini memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Hukum Pelaburan ASNB Harus - Mufti Selangor

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Negeri Selangor kini memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-3 yang bersidang pada 27 April lalu, menurut satu kenyataan yang dimuat naik jabatan itu di laman webnya semalam.

Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata hukum pelaburan itu adalah harus kerana peratusan pelaburan dalam syarikat patuh syaraknya telah melepasi 66% mengikut piawaian Suruhanjaya Sekuriti.

"Pengharusan ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah yang bermaksud 'Hukum Berubah Menurut Perubahan 'Illah (sebab)'," katanya dalam satu surat kepada Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar bertarikh 11 Mei.

Mohd Tamyes turut berkata, PNB hendaklah meneruskan usaha-usaha penambahbaikan bagi memastikan pelaburan tersebut menepati syarak sepenuhnya.

Beliau juga menegaskan, keputusan hukum pelaburan itu akan dikaji semula selepas tiga tahun dan sekurang-kurangnya peratusan pelaburan patuh syarak adalah melebihi 75%.

Mesyuarat tersebut turut memutuskan, pihak PNB hendaklah mengeluarkan zakat kepada pelaburan yang patuh syarak.

"Bagi tujuan pemantauan, PNB perlu mengemukakan laporan perkembangan peratusan patuh syarak kepada jabatan ini pada setiap tahun sepanjang tempoh tiga tahun tersebut," kata Mohd Tamyes.

Mengulas perkembangan itu, Abdul Wahid dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Fatwa negeri  Selangor berhubung keputusan yang dibuat.

Katanya, ia selaras dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Malis Kebangsaan tahun 2008 yang memutuskan pelaburan unit amanah ASNB beserta dividen dan bonus yang diperoleh adalah harus.

Selain Selangor, negeri lain yang turut mengharuskan pelaburan ASNB ialah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan serta Sabah dan Sarawak.

Abdul Wahid turut menyambut baik syarat yang dikenakan oleh jabatan itu berkaitan kepatuhan syarak pelaburan PNB dalam ASNB.

"InsyaAllah PNB akan menyahut ketetapan berkenaan dan terus berusaha meningkatkan tahap patuh Syariah pelaburannya dari semasa ke semasa.

"Dengan keputusan ini, saya percaya para pelabur di Selangor kini lebih yakin dengan hukum pelaburan dalam unit-unit amanah ASNB dan diharap dapat menggalakkan mereka untuk meningkatkan pelaburan masing-masing," katanya, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Hukum Pelaburan ASNB Harus - Mufti Selangor
Hukum Pelaburan ASNB Harus - Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor kini memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus.
https://4.bp.blogspot.com/-_d_byumf3VE/WRvBNlB8HZI/AAAAAAAAFOg/CEVSyodjBZ0Ts-bYtOW4z12_HNBlNOZ-QCK4B/s640/asb%2Bmalaysia.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-_d_byumf3VE/WRvBNlB8HZI/AAAAAAAAFOg/CEVSyodjBZ0Ts-bYtOW4z12_HNBlNOZ-QCK4B/s72-c/asb%2Bmalaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/hukum-pelaburan-asnb-harus-mufti.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/hukum-pelaburan-asnb-harus-mufti.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy