Enam Pegawai Polis Melaka Ditahan SPRM

Seramai enam pegawai polis di negeri ini telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes yang dijalankan oleh suruhanjaya itu

Enam Pegawai Polis Melaka Ditahan SPRM

MELAKA - Seramai enam pegawai polis di negeri ini telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes yang dijalankan oleh suruhanjaya itu, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Abd Jalil Hassan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut kes yang sedang disiasat oleh SPRM itu kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan kes tersebut.

Katanya, tiga pegawai polis itu masing-masing daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi semalam, manakala seorang pegawai kanan di IPD Melaka Tengah dan seorang pegawai IPK Melaka dibawa lewat malam semalam.

"Seorang lagi pegawai kanan di IPD Jasin telah hadir sendiri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan juga pada lewat malam semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dilaporkan hari ini enam individu, termasuk tiga pegawai polis yang ditahan SPRM di Melaka semalam, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 mulai hari ini sehingga Isnin ini dan perintah reman dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar di Putrajaya.

Abd Jalil berkata, polis yakin dan amat menghormati profesionalisme ditunjukkan SPRM dalam menyiasat kes tersebut dan sedia bekerjasama rapat dengan suruhanjaya itu dalam usaha memastikan  keteguhan integriti pasukan polis di negara ini.

"Polis Melaka bersama Jabatan Integriti pasukan ini sentiasa memastikan integriti Polis Diraja Malaysia setiasa pada tahap tertinggi dan memantau serta membanteras sebarang salah laku anggota polis," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Enam Pegawai Polis Melaka Ditahan SPRM
Enam Pegawai Polis Melaka Ditahan SPRM
Seramai enam pegawai polis di negeri ini telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes yang dijalankan oleh suruhanjaya itu
https://1.bp.blogspot.com/-jzksk7kWD_k/WRvzvE6rp4I/AAAAAAAAFOw/0l4C5fCVH4A9E6-pvL_615QDnZ1aTeelACK4B/s640/azam-baki.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-jzksk7kWD_k/WRvzvE6rp4I/AAAAAAAAFOw/0l4C5fCVH4A9E6-pvL_615QDnZ1aTeelACK4B/s72-c/azam-baki.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/enam-pegawai-polis-melaka-ditahan-sprm.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/enam-pegawai-polis-melaka-ditahan-sprm.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy