Doktor Didakwa Cuba Perdaya JPJ

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh telah cuba untuk memperdayakan JPJ untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan pemeriksaan kesihatan secara fizikal terhadap dua individu terbabit melalui borang permohonan JPJ L8.

Doktor Didakwa Cuba Perdaya JPJ

IPOH - Seorang doktor didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan memperdayakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kononnya telah melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap dua individu bagi memperbaharui Lesen Vokasional (JPJ L8) mereka pada Februari lalu.

Tertuduh, S.P Samuel Kumar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh telah cuba untuk memperdayakan JPJ untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan pemeriksaan kesihatan secara fizikal terhadap dua individu terbabit melalui borang permohonan JPJ L8.

Tindakan tertuduh dilihat dengan sengaja telah cuba mendorong jabatan tersebut untuk memproses permohonan bagi memperbaharui lesen vokasional berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah klinik di Parit Buntar antara jam 10.15 pagi hingga jam 2.20 petang, pada 14 Februari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut seksyen 415 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mana boleh dihukum di bawah seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM,  Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Sudesh Singh.

Mahkamah turut menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Doktor Didakwa Cuba Perdaya JPJ
Doktor Didakwa Cuba Perdaya JPJ
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh telah cuba untuk memperdayakan JPJ untuk mempercayai bahawa dia telah melakukan pemeriksaan kesihatan secara fizikal terhadap dua individu terbabit melalui borang permohonan JPJ L8.
https://4.bp.blogspot.com/-YzqGNOFirEQ/WSz3p4rOtWI/AAAAAAAAFWs/qi27I8M2c98IRBy_2aNBLXUNidGDameaACK4B/s640/Indian-doctor-arrested.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-YzqGNOFirEQ/WSz3p4rOtWI/AAAAAAAAFWs/qi27I8M2c98IRBy_2aNBLXUNidGDameaACK4B/s72-c/Indian-doctor-arrested.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/doktor-didakwa-cuba-perdaya-jpj.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/doktor-didakwa-cuba-perdaya-jpj.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy