Bekas Pegawai Datuk Bandar Hadapi Tuduhan Pecah Amanah RM19 Juta

Bekas pegawai khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini terhadap 15 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram bernilai RM19.39 juta

Bekas Pegawai Datuk Bandar Hadapi Tuduhan Pecah Amanah RM19 Juta

AYER KEROH - Bekas pegawai khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini terhadap 15 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram bernilai RM19.39 juta antara Februari hingga September tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Yusof Abu Hassan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Tertuduh berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, selepas didakwamelakukan pecah amanah berjumlah RM11.2 juta sekitar Februari hingga Ogos tahun lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau maksimum 20 tahun penjara dengan sebatan dan denda.

Manakala bagi 11 pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001 (Akta 613) membabitkan jumlah bernilai RM8.19 juta.

Kesalahan itu dilakukan antara Mac hingga September tahun lalu di sekitar daerah Melaka Tengah.

Bagi pertuduhan itu, dia berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Afzainizam Abdul Aziz mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM3 juta untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, termasuk dengan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM.

Peguam Azrul Zulkifli Stork kemudian memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan lebih rendah dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan ramai iaitu seorang isteri, lapan anak yang masih belajar, seorang ibu yang uzur serta menjadi majikan kepada adik-beradiknya.

Azrul berhujah, permohonan jaminan rendah juga disebabkan kesemua aset tertuduh, isteri dan anak sudah dibekukan selain memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

Norma kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1.6 juta dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah, termasuk dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen, memetik sumber dari Harian Metro.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bekas Pegawai Datuk Bandar Hadapi Tuduhan Pecah Amanah RM19 Juta
Bekas Pegawai Datuk Bandar Hadapi Tuduhan Pecah Amanah RM19 Juta
Bekas pegawai khas Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini terhadap 15 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram bernilai RM19.39 juta
https://4.bp.blogspot.com/-yjq_2xxAT88/WRFtR2udgpI/AAAAAAAAFK4/MfKF7dqcWFwPt1RQnbjIa8j0cLOGHmZXACK4B/s640/yusof%2Bsoros.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-yjq_2xxAT88/WRFtR2udgpI/AAAAAAAAFK4/MfKF7dqcWFwPt1RQnbjIa8j0cLOGHmZXACK4B/s72-c/yusof%2Bsoros.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/datuk-mbmb-pecah-amanah-19-juta.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/datuk-mbmb-pecah-amanah-19-juta.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy