Ancaman Ransomware Di Malaysia Masih Terkawal - MOSTI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi jaminan serangan siber 'ransomware' di negara ini masih terkawal walaupun perisian kod hasad WanaCrypt0r 2.0. itu melumpuhkan rangkaian komputer di hampir 100 negara.

Ancaman Ransomware Di Malaysia Masih Terkawal - MOSTI

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi jaminan serangan siber 'ransomware' di negara ini masih terkawal walaupun perisian kod hasad WanaCrypt0r 2.0. itu melumpuhkan rangkaian komputer di hampir 100 negara. 

Menterinya, Datuk Seri Madius Tangau, berkata orang ramai dinasihatkan tidak panik atau mempercayai pelbagai mesej yang menjadi viral menerusi laman sesawang sejak kebelakangan ini. 

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pengguna berwaspada ketika menggunakan laman sesawang terutama menekan bagi mencapai sebarang pautan di media sosial. 

"Pautan termasuk imej atau video menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter atau aplikasi lain. 

"Organisasi atau pentadbir sistem perlu berwaspada dan mengambil tindakan perlu bagi melindungi serta menjamin keselamatan infrastruktur rangkaian komputer mereka. 

"Serangan virus itu berpunca daripada aplikasi berkenaan dan kealpaan pengguna internet itu sendiri," katanya pada sidang media khas mengenai 'ransomware' di sini. 

Madius turut menggesa orang ramai membuat laporan jika mendapati komputer mereka terkena serangan terbabit. 

Sehingga kini, katanya, hanya dua laporan diterima CyberSecurity Malaysia (CSM) membabitkan sebuah organisasi swasta dan sebuah institusi pendidikan. 

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, dalam satu kenyataan kelmarin, menasihatkan orang ramai supaya tidak mengklik pautan yang dihantar bersama e-mel dan fail mencurigakan selain merujuk kepada amaran serta nasihat CSM menerusi laman web korporat di bawah MyCERT untuk pencegahan, lapor Berita Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ancaman Ransomware Di Malaysia Masih Terkawal - MOSTI
Ancaman Ransomware Di Malaysia Masih Terkawal - MOSTI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi jaminan serangan siber 'ransomware' di negara ini masih terkawal walaupun perisian kod hasad WanaCrypt0r 2.0. itu melumpuhkan rangkaian komputer di hampir 100 negara.
https://2.bp.blogspot.com/-1l-pTZtfRN4/WRxYjXgaaNI/AAAAAAAAFPA/SGUOQr5gMEk3fSGYBDiCPS-1GiP7PQMXACK4B/s640/ancaman%2Bvirus.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-1l-pTZtfRN4/WRxYjXgaaNI/AAAAAAAAFPA/SGUOQr5gMEk3fSGYBDiCPS-1GiP7PQMXACK4B/s72-c/ancaman%2Bvirus.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/ancaman-ransomware-di-malaysia-masih.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/ancaman-ransomware-di-malaysia-masih.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy