19 Maut Letupan Gegar Konsert Ariana Grande

olis Britain pada awal pagi Selasa mengesahkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena, lokasi konsert penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande berlangsung.

19 Maut Letupan Gegar Konsert Ariana Grande

LONDON - Polis Britain pada awal pagi Selasa mengesahkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena, lokasi konsert penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande berlangsung.

Ambulans dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian dan polis menasihati orang ramai supaya mengelak melalui kawasan tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran. Ada di antara mereka berlumuran darah.

Seorang saksi, Evie Brewster yang hadir ke konsert itu memberitahu portal Mail Online bahawa Ariana Grande baharu sahaja habis menyanyikan lagu terakhirnya dan meninggalkan pentas apabila letupan berlaku.

Grande dilaporkan baharu sahaja meninggalkan pentas sebaik letupan berlaku. "Secara tiba-tiba orang ramai mula menjerit dan keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Sementara itu, Suzy Mitchell yang tinggal di sebuah flat bertentangan dengan lokasi kejadian berkata dia terdengar bunyi letupan kuat menyebabkan semua penduduk bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

Beberapa media melaporkan berlaku dua letupan dari lokasi konsert tersebut. Orang ramai yang menghadiri konsert itu panik selepas terdengar bunyi letupan kuat tersebut.

Perkhidmatan kereta api keluar masuk dari Stesen Manchester Victoria yang terletak di bawah Manchester Arena itu dibatalkan.

"Perkhidmatan kecemasan sedang menguruskan insiden dekat Manchester Victoria, menyebabkan semua talian ditutup," kata pengendali Kereta Api Utara di laman web syarikat itu, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 19 Maut Letupan Gegar Konsert Ariana Grande
19 Maut Letupan Gegar Konsert Ariana Grande
olis Britain pada awal pagi Selasa mengesahkan kira-kira 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena, lokasi konsert penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande berlangsung.
https://1.bp.blogspot.com/-9sauC8vlkX0/WSPH2ZbmYFI/AAAAAAAAFSw/YX6BWoJqESYLslfZE5fsIX8ocOtIbBC-wCK4B/s640/Ariana%2BGrande%2Bconcert%2Blondon%2Btragedy.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-9sauC8vlkX0/WSPH2ZbmYFI/AAAAAAAAFSw/YX6BWoJqESYLslfZE5fsIX8ocOtIbBC-wCK4B/s72-c/Ariana%2BGrande%2Bconcert%2Blondon%2Btragedy.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/05/19-maut-letupan-gegar-konsert-ariana.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/05/19-maut-letupan-gegar-konsert-ariana.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy