RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Dilulus

Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diperuntukkan bagi memberi perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu yang bekerja sendiri diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dilulus
KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diperuntukkan bagi memberi perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu yang bekerja sendiri diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata sebagai permulaan, rang undang-undang baharu itu akan diguna pakai bagi memberi perlindungan Perkeso kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri, serta pemberi perkhidmatan kenderaan 'e-hailing' termasuk Uber dan Grabcar, sebelum diperluas kepada sektor pekerjaan sendiri yang lain.

"Mudah-mudahan ia akan diperluaskan merangkumi sektor lain kelak," katanya ketika menggulung rang undang-undang berkenaan yang kemudiannya diluluskan dengan undian majoriti.

Riot berkata di bawah rang undang-undang berkenaan, setiap pemandu teksi dan penyedia perkhidmatan e-hailing itu wajib mencarum 1.25 peratus daripada pendapatan bulanan mereka pada setiap bulan.

"Tempoh perlindungan ialah selama 12 bulan berturut-turut yang berkuat kuasa dari tarikh dan masa caruman dibayar," katanya.

Rang Undang-undang itu turut menyebut mana-mana individu yang melanggar peraturan itu adalah melakukan satu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Menjelaskan mengenai kadar denda yang mendapat tentangan hebat beberapa anggota Parlimen yang membahaskan rang undang-undang itu, Riot berkata jumlah denda itu sebenarnya kecil berbanding faedah yang akan diterima pencarum atau pewaris mereka nanti.

"Hukuman ini kita tidak boleh tarik balik, apa yang tertera dalam RUU itu adalah jumlah maksimum, mungkin pada kebiasaannya lebih rendah daripada itu," katanya.

Terdahulu sewaktu membentangkan rang undang-undang berkenaan, Riot berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan, 73,662 lesen dikeluarkan bagi kategori kereta sewa, teksi bajet, teksi eksekutif, limousin dan teksi lapangan kapal terbang sehingga April 2016.

"Memandangkan bilangan pemandu teksi yang bekerja sendiri ramai, maka kerajaan merasakan terdapat keperluan untuk wujudkan skim keselamatan sosial kepada mereka," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta semasa pembentangan Bajet 2017 sebagai geran pelancaran bagi melaksanakan skim perlindungan keselamatan sosial untuk pemandu teksi berkenaan.- BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Dilulus
RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Dilulus
Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 yang diperuntukkan bagi memberi perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada individu yang bekerja sendiri diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.
https://1.bp.blogspot.com/-7bHwBxlFus0/WOWaDXa4D8I/AAAAAAAAE5A/JnSofj8lA_gSWz_FWfr9BVPVT8SUOt6lgCK4B/s640/Menteri%2BSumber%2BManusia%2BDatuk%2BSeri%2BRichard%2BRiot%2BJaem.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-7bHwBxlFus0/WOWaDXa4D8I/AAAAAAAAE5A/JnSofj8lA_gSWz_FWfr9BVPVT8SUOt6lgCK4B/s72-c/Menteri%2BSumber%2BManusia%2BDatuk%2BSeri%2BRichard%2BRiot%2BJaem.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/ruu-keselamatan-sosial-pekerjaan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/ruu-keselamatan-sosial-pekerjaan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy