Rafizi Bakal Berdepan Hukuman Jika Dakwaan Tidak Benar

Rafizi Ramli bakal berdepan hukuman sekiranya akuan berkanun yang dilakukannya berhubung dakwaan bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa

Rafizi Bakal Berdepan Hukuman Jika Dakwaan Tidak Benar

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bakal berdepan hukuman sekiranya akuan berkanun yang dilakukannya berhubung dakwaan bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam, Syahredzan Johan berkata, akuan berkanun adalah satu dokumen, di mana seorang deponen membuat pengakuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah mengenai kebenaran pengataan-pengataan yang terkandung di dalamnya.

“Akaun berkanun ini boleh digunakan sebagai suatu dokumen undang-undang sama di mahkamah sebagai bukti atau dalam urusan rasmi.

“Sekiranya dakwaan Rafizi tidak benar, beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 199 iaitu membuat kenyataan palsu di dalam suatu deklarasi yang boleh diterima sebagai keterangan, seperti akaun berkanun.

“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga boleh dikenakan denda,” katanya kepada pemberita.

Semalam, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan Nasharudin mengenai dakwaan Rafizi namun menemui jalan buntu selepas beliau gagal dihubungi.

Sebelum ini, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, semalam berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, Rafizi juga berisiko berdepan hukuman saman fitnah di mahkamah oleh Nasharudin melalui tindakan undang-undang sivil.

“Tidak ada keperluan khusus untuk Rafizi buat akuan sumpah tersebut tetapi ia untuk menunjukkan bahawa apa yang beliau dakwa itu adalah benar.

“Dan beliau bukan sahaja sanggup disaman fitnah tetapi disiasat di bawah kanun keseksaan dan didakwa di mahkamah sekiranya didapati bahawa apa yang dikatakan adalah palsu,” katanya.

Sehubungan itu, Syahredzan berpandangan, dakwaan Rafizi sesuatu yang serius dan pihak yang dinamakan tidak boleh berdiam diri serta perlu memberi respons terhadap perkara tersebut.

Menurutnya, sekiranya tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Rafizi, orang ramai akan membuat kesimpulan bahawa apa yang didakwa olehnya adalah benar.

“Bola di gelanggang Nasharudin pada masa ini dan dia perlu mengambil tindakan di atas dakwaan tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Rafizi Bakal Berdepan Hukuman Jika Dakwaan Tidak Benar
Rafizi Bakal Berdepan Hukuman Jika Dakwaan Tidak Benar
Rafizi Ramli bakal berdepan hukuman sekiranya akuan berkanun yang dilakukannya berhubung dakwaan bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa
https://3.bp.blogspot.com/-MaApPBeCxMM/WPA6ZJj0D9I/AAAAAAAAE9A/jXhF8bsZAeo5TzgrDD0P5q3aTwbEHZmjgCK4B/s640/rafizi.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-MaApPBeCxMM/WPA6ZJj0D9I/AAAAAAAAE9A/jXhF8bsZAeo5TzgrDD0P5q3aTwbEHZmjgCK4B/s72-c/rafizi.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/rafizi-bakal-berdepan-hukuman.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/rafizi-bakal-berdepan-hukuman.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy