PKR Kecewa Dengan Pas

Usul dibawa Pas Kawasan Kuala Terengganu bagi mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR disifatkan sebagai usaha menggagalkan usaha pembangkang menggantikan BN pada PRU14

PKR Kecewa Dengan Pas
KUALA TERENGGANU – Usul dibawa Pas Kawasan Kuala Terengganu bagi mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR disifatkan sebagai usaha menggagalkan usaha pembangkang menggantikan BN pada PRU14.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, pembangkang termasuk Pas tidak sepatutnya menzahirkan perkara yang boleh menampakkan kelemahan atau perpecahan sesama parti memandangkan keadaan ketika ini sangat genting dalam keadaan negara bakal berhadapan pilihan raya.

Menurutnya, pembangkang termasuk Pas sepatutnya perlu memberi tumpuan menumbangkan kerajaan BN dengan menyusun strategi memperkuatkan pembangkang.

“Kalau perkara itu (usul) datang daripada ahli Pas, pemimpin Pas, saya anggap itu dalaman mereka. Terpulang! Saya nasihatkan bahawa ini adalah masa memperkukuh susun atur dan sebagainya untuk tujuan tawan Malaysia yang perlu dilakukan oleh pembangkang.

“Cara tawan bukan tunjuk kita bergaduh, berpecah belah. Itu formula kelemahan bukan kekuatan,” katanya lagi.

Azan yang juga Adun Bandar berkata demikian sebagai mengulas mengenai Pas Kawasan Kuala Terengganu mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik atau tahalluf siyasi dengan PKR.

Perkara itu yang diusulkan Pas Cawangan Kampung Padang dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-42 di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di sini, Sabtu lalu.

Azan berkata, pihaknya tidak emosi dengan tindak-tanduk Pas Kawasan Kuala Terengganu yang membawa usul tersebut.

Apa yang penting katanya, pihaknya sedang menyusun strategi ke arah memantapkan pembangkang sambil meminta pemimpin Pas memikirkan kaedah sama menguatkan pembangkang bagi menggantikan BN di negeri ini bukan membawa isu yang melemahkan keyakinan rakyat menyokong pihak terlibat.

“Kita harap pemimpin Pas berfikir. Kita tidak mahu masuk campur tetapi saya harap parti yang lama bertapak di Terengganu matang dan cukup menilai macam mana untuk menang di Terengganu,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menganggap usul tersebut menunjukkan kemungkinan terdapat percanggahan pendapat dalam kalangan ahli Pas yang cukup bijak menilai bahawa usaha menjatuhkan BN tidak boleh dilakukan secara sendirian.

Jelasnya, dalam keadaan negara bakal berhadapan pilihan raya, sudah tentu pembangkang perlu meletakkan keutamaan untuk memastikan kekalahan BN.

“Tetapi kalau kita letak prioriti kita untuk berpecah, kita sebenarnya beritahu pengundi yang pembangkang belum sedia. Kalau pembangkang belum sedia, bermaksud memberitahu pembangkang tidak sedia jadi kerajaan.

“Amat malang dan sedih kepada rakyat Terengganu yang berharap ada perubahan sebaliknya pembangkang meraikan untuk tidak memantapkan dalaman sesama sendiri,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PKR Kecewa Dengan Pas
PKR Kecewa Dengan Pas
Usul dibawa Pas Kawasan Kuala Terengganu bagi mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR disifatkan sebagai usaha menggagalkan usaha pembangkang menggantikan BN pada PRU14
https://3.bp.blogspot.com/-vfOGxOsOXu8/WOuW-l8TNeI/AAAAAAAAE5g/TcqNu2O58pgIVDJgopOFvafLApqh7m9nwCK4B/s640/Pengerusi%2BPKR%2BTerengganu%252C%2BAzan%2BIsmail.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vfOGxOsOXu8/WOuW-l8TNeI/AAAAAAAAE5g/TcqNu2O58pgIVDJgopOFvafLApqh7m9nwCK4B/s72-c/Pengerusi%2BPKR%2BTerengganu%252C%2BAzan%2BIsmail.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/pkr-kecewa-dengan-pas.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/pkr-kecewa-dengan-pas.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy