Perbelanjaan IT Malaysia Dijangka Cecah RM71.7 bilion

Perbelanjaan teknologi maklumat di Malaysia dijangka meningkat sebanyak lapan peratus dan mencecah RM71.7 bilion pada 2017 berbanding tahun lepas, menurut Gartner Inc.

Perbelanjaan IT Malaysia Dijangka Cecah RM71.7 bilion
KUALA LUMPUR - Perbelanjaan teknologi maklumat di Malaysia dijangka meningkat sebanyak lapan peratus dan mencecah RM71.7 bilion pada 2017 berbanding tahun lepas, menurut Gartner Inc.

Dalam kenyataan hari ini, Gartner berkata unjuran pertumbuhan itu sejajar dengan jangkaan peningkatan perbelanjaan teknologi maklumat di seluruh dunia, yang mencecah US$3.5 trilion (US$1=RM4.44) pada 2017, meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding 2016.

Syarikat penasihat dan penyelidikan teknologi maklumat itu berkata perbelanjaan ke atas peranti seperti komputer peribadi, tablet, ultramobile dan telefon mudah alih dijangka naik sebanyak 1.7 peratus kepada US$645 bilion pada tahun ini.

Ia juga berkata pertumbuhan bagi perbelanjaan telefon mudah alih pada tahun ini akan dipacu oleh peningkatan purata harga jualan bagi telefon di pasaran Asia Pasifik dan China yang sedang pesat membangun.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan John-David Lovelock berkata pengukuhan dolar AS mengurangkan US$67 bilion daripada unjuran perbelanjaan teknologi maklumat 2017 Gartner.

"Kami menjangka keadaan tidak menentu mata wang ini akan mempengaruhi pendapatan multinasional vendor teknologi maklumat dari AS pada tahun ini," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Perbelanjaan IT Malaysia Dijangka Cecah RM71.7 bilion
Perbelanjaan IT Malaysia Dijangka Cecah RM71.7 bilion
Perbelanjaan teknologi maklumat di Malaysia dijangka meningkat sebanyak lapan peratus dan mencecah RM71.7 bilion pada 2017 berbanding tahun lepas, menurut Gartner Inc.
https://3.bp.blogspot.com/-kSN0-JupJko/WOua4eEUI2I/AAAAAAAAE54/AghmrcwPj3ITKGg02iB-L-q1ZZbyHw2pACK4B/s640/it%2Bmalaysia.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-kSN0-JupJko/WOua4eEUI2I/AAAAAAAAE54/AghmrcwPj3ITKGg02iB-L-q1ZZbyHw2pACK4B/s72-c/it%2Bmalaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/perbelanjaan-it-malaysia-dijangka-tinggi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/perbelanjaan-it-malaysia-dijangka-tinggi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy