Kadar Sewaan Tapak Bazar Ramadhan Di Kurangkan

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat keputusan menurunkan kadar sewa tapak perniagaan Bazar Ramadan 2017 di Jalan Hang Tuah, di sini pada bulan puasa nanti.

Kadar Sewaan Tapak Bazar Ramadhan Di Kurangkan

MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat keputusan menurunkan kadar sewa tapak perniagaan Bazar Ramadan 2017 di Jalan Hang Tuah, di sini pada bulan puasa nanti.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang lebih ramai peniaga untuk berniaga.

Beliau berkata, sebanyak 135 tapak disediakan dengan kadar sewa diturunkan sehingga RM1,500 satu tapak.

“Tahun ini kita sediakan 60 tapak bersaiz 18 x 18. Jika tahun lepas harga sewaannya RM7,500 tetapi tahun ini kita kenakan cuma RM6,000 sahaja. Begitu juga 75 tapak bersaiz 10 x 10 dikurangkan menjadi RM1,500 berbanding RM2,000 tahun lalu.

“Kita mahu lebih ramai berpeluang menjalankan perniagaan selain mengambil kira keselesaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, pendaftaran untuk tapak perniagaan akan dibuka pada 13 April ini dengan mengambil kira siapa cepat dia dapat.

Menurutnya, untuk tahun ini juga, pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit turut memberi kelainan dengan menyediakan tapak untuk peniaga food truck di sekitar tapak bazar Ramadan tersebut bagi memberi ruang belia tempatan berniaga.

“Kita akan melihat tapak bersesuaian untuk menempatkan peniaga food truck ini yang kebanyakannya golongan belia. Jadi, pengunjung yang membeli di bazar, boleh ke food truck untuk berbuka di situ juga.

“Antara program lain yang akan dianjurkan MBMB bagi memeriahkan suasana bazar Ramadan itu ialah memasak bubur lambuk dan mengacau dodol. Sementara untuk kemudahan peniaga, kita turut menyediakan surau, tandas, tong sampah dan bantuan kawalan lalu lintas,” katanya pada sidang media sempena Sambutan Ulang Tahun ke-14 MBMB di sini, kelmarin.

Turut hadir, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Husin.

Sementara itu, Ismail berkata sebanyak 25 acara diatur sepanjang sambutan berkenaan yang bermula daripada Mac lalu sehingga Mei depan.

“Program Dikir Zikir pada 14 April depan, jam 8 malam di Dataran MBMB merupakan acara kemuncak yang mana sesuai untuk semua golongan belia yang inginkan program hiburan berunsur Islam.

“Dikir Zikir menampilkan artis terkenal dan juga personaliti yang mana sudah semestinya menjadi tarikan utama kepada orang ramai,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kadar Sewaan Tapak Bazar Ramadhan Di Kurangkan
Kadar Sewaan Tapak Bazar Ramadhan Di Kurangkan
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat keputusan menurunkan kadar sewa tapak perniagaan Bazar Ramadan 2017 di Jalan Hang Tuah, di sini pada bulan puasa nanti.
https://3.bp.blogspot.com/-MIV7vk4hYo8/WOSsB899QnI/AAAAAAAAE3w/QtdGL31FgLs4vfRsTjr6Udv8CTTQTFRBgCK4B/s640/sewaan%2Btapak%2Bbazar%2Bramadhan%2Bdikurangkan.JPG
https://3.bp.blogspot.com/-MIV7vk4hYo8/WOSsB899QnI/AAAAAAAAE3w/QtdGL31FgLs4vfRsTjr6Udv8CTTQTFRBgCK4B/s72-c/sewaan%2Btapak%2Bbazar%2Bramadhan%2Bdikurangkan.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/kadar-sewaan-tapak-bazar-ramadhan-di.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/kadar-sewaan-tapak-bazar-ramadhan-di.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy