FAM Cari Calon Yang Benar-Benar Mahu Latih Harimau Malaya

Tunku Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat seolah-olah 'tidak sehaluan' dengan corak pemikiran baginda.

FAM Cari Calon Yang Benar-Benar Mahu Latih Harimau Malaya
KUALA LUMPUR - Selepas dilihat sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez, calon ketua jurulatih kebangsaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memutuskan untuk mencari individu lain bagi mengisi jawatan itu.

Tunku Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat seolah-olah 'tidak sehaluan' dengan corak pemikiran baginda.

"Saya dimaklumkan bahawa Mario Gomez menafikan beliau meminta gaji yang tinggi. Kami (FAM) menawarkan USD25,000 kepada beliau tetapi beliau meminta USD45,000. Adakah itu bukan beliau meminta lebih daripada apa yang kami tawarkan?

"Tidak mengapalah. Kami akan cari individu lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih Malaysia," katanya.

Pada pertemuan bersama ketua pengarang dan editor sukan media tempatan pada Selasa lepas, Tunku Mahkota Johor mendedahkan bahawa Gomez meminta bayaran lebih tinggi daripada yang diperoleh ketika membimbing JDT.

Justeru, Tunku Ismail berkata pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Gomez, memandangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh FAM pada ketika ini yang kekurangan dana sebanyak RM40 juta.

Media hari ini pula melaporkan bahawa Gomez menafikan beliau meletakkan harga tinggi untuk menjadi jurulatih Harimau Malaya serta menafikan menamakan jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai penolong beliau.

Pada Kongres ke-53 FAM, 25 Mac lepas, sejurus disahkan sebagai presiden FAM, Tunku Ismail mengumumkan Gomez selaku jurulatih kebangsaan, manakala Datuk Ong Kim Swee pula diberikan tugas mengendalikan skuad bawah 23 tahun (B23) selepas menyingkirkan Frank Berhandt.-BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: FAM Cari Calon Yang Benar-Benar Mahu Latih Harimau Malaya
FAM Cari Calon Yang Benar-Benar Mahu Latih Harimau Malaya
Tunku Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata pihaknya akan mencari calon lain yang betul-betul mahu menjadi jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dilihat seolah-olah 'tidak sehaluan' dengan corak pemikiran baginda.
https://3.bp.blogspot.com/-fq6Pt5I4By4/WOZPtLAGKFI/AAAAAAAAE5Q/pXO7fkkOCR07SL_7kM2EN92yNbTpwW_iwCK4B/s640/kongres%2Bfam%2B2017.JPG
https://3.bp.blogspot.com/-fq6Pt5I4By4/WOZPtLAGKFI/AAAAAAAAE5Q/pXO7fkkOCR07SL_7kM2EN92yNbTpwW_iwCK4B/s72-c/kongres%2Bfam%2B2017.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/fam-cari-calon-jurulatih-harimau-malaya.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/fam-cari-calon-jurulatih-harimau-malaya.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy