500 Ahli PPBM Rembau Umum Keluar Parti

Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.

SEREMBAN - Seramai 500 ahli Bersatu kawasan Rembau mengumumkan keluar parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju.

Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.

"Ini adalah permulaan kerana selepas ini saya yakin seramai 1,500 lagi ahli di Rembau akan mengikut langkah sama dalam waktu terdekat.

"Gerakan ini dimulakan oleh saya. Kami kerja siang malam untuk menggerakkan parti ini, tapi apa yang mengecewakan bila sampai waktu melantik ketua bahagian dan jawatankuasa kami dipinggirkan," katanya pada sidang media diadakan di pejabat Bersatu Bahagian Rembau di sini.

Menurutnya, mereka juga kecewa kerana parti tersebut mengetepikan suara generasi muda dengan memilih pemimpin yang sudah lanjut usia terutama di Bahagian Rembau.

Malah Mohd Anas berkata, selepas parti itu ditubuhkan hanya di negeri ini sahaja tidak dilantik Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua Bahagian sehingga kini.

"Macam mana nak gerakkan parti kalau macam ini sedangkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi dan mereka yang dilantik pula langsung tak buat kerja," katanya.

Oleh sebab itu beliau akan mengadakan siri jelajah di Negeri Sembilan dan seluruh negara bagi mengajak ahli Bersatu meninggalkan parti berkenaan.

Bagaimanapun beliau masih belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti buat masa ini.

Bersatu yang diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin Umno termasuk bekas Perdana Menteri,  Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditubuhkan secara rasmi pada September tahun lalu, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 500 Ahli PPBM Rembau Umum Keluar Parti
500 Ahli PPBM Rembau Umum Keluar Parti
Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.
https://3.bp.blogspot.com/-YY_eXxzxMbc/WOWVbiRRj0I/AAAAAAAAE40/5DpS9jMOW1IgY-UZOeo2tf1uS4dQ_S3aACK4B/s640/ppbm%2Brembau%2Bkeluar%2Bparti.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-YY_eXxzxMbc/WOWVbiRRj0I/AAAAAAAAE40/5DpS9jMOW1IgY-UZOeo2tf1uS4dQ_S3aACK4B/s72-c/ppbm%2Brembau%2Bkeluar%2Bparti.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2017/04/500-ahli-ppbm-rembau-umum-keluar-parti.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2017/04/500-ahli-ppbm-rembau-umum-keluar-parti.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy