Singapura Akan Sepadankan Caj Jalan Raya Dikenakan Malaysia

Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor Tambak Johor dan Link Kedua - yang berkuatkuasa pada Selasa

Singapura Akan Sepadankan Caj Jalan Raya Dikenakan Malaysia
SINGAPURA - Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor Tambak Johor dan Link Kedua - yang berkuatkuasa pada Selasa, lapor Channel NewsAsia.

Memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan, laporan itu berkata caj jalan raya yang dikenakan Malaysia "adalah satu diskriminasi terhadap kenderaan yang didaftarkan di Singapura kerana ia hanya terpakai di pusat pemeriksaan Singapura." 

Menurut laporan itu, butiran terperinci mengenai langkah yang akan diambil itu akan diumumkan kementerian berkenaan tidak lama lagi.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Malaysia tidak pernah bersikap diskriminasi dalam melaksanakan RC bagi kenderaan berpendaftaran luar negara dari Singapura yang memasuki Malaysia kerana ia juga akan dilaksanakan di pintu masuk dari negara lain secara berperingkat.

Menurut Liow, pelaksanaan RC itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatan beliau dari Singapura.

"Singapura telah mengenakan RC terhadap kami sejak beberapa dekad lepas. Kami baru sahaja hendak memulakannya sekarang. Tidak ada diskriminasi.

"Kami akan kenakan caj jalan raya bukan sahaja di sempadan kami dengan Singapura, tetapi juga di sempadan kami dengan Thailand, Brunei dan Indonesia pada kadar sama iaitu RM20 bagi setiap kereta," kata Liow yang dipetik dalam satu laporan media sebelum ini.

Setiap hari, purata 20,000 kenderaan yang didaftarkan di Singapura memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Link Kedua. -Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Singapura Akan Sepadankan Caj Jalan Raya Dikenakan Malaysia
Singapura Akan Sepadankan Caj Jalan Raya Dikenakan Malaysia
Singapura akan melaksanakan tindakan yang sepadan dengan langkah Malaysia mengenakan caj jalan raya (RC) sebanyak RM20 di dua pintu masuk darat ke Johor Tambak Johor dan Link Kedua - yang berkuatkuasa pada Selasa
https://2.bp.blogspot.com/-MTmYG3GYdB0/WBiepR02JyI/AAAAAAAADao/yCUy5eHY6R08JhR8lAR306o9ULOsWffbgCK4B/s640/Singapura%2BAkan%2BSepadankan%2BCaj%2BJalan%2BRaya%2BDikenakan%2BMalaysia.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-MTmYG3GYdB0/WBiepR02JyI/AAAAAAAADao/yCUy5eHY6R08JhR8lAR306o9ULOsWffbgCK4B/s72-c/Singapura%2BAkan%2BSepadankan%2BCaj%2BJalan%2BRaya%2BDikenakan%2BMalaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/11/singapura-akan-sepadankan-caj-jalan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/11/singapura-akan-sepadankan-caj-jalan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy