Malaysia Airlines Lantik Kapten Izham COO Baharu

Malaysia Airlines Bhd (MAB) melantik Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharunya, berkuat kuasa pada Selasa.

Malaysia Airlines Lantik Kapten Izham COO Baharu
KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) melantik Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharunya, berkuat kuasa pada Selasa.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MASwings untuk tempoh sekejap dan kini digantikan oleh Aminuddin Zakaria.

CEO Kumpulan Peter Bellew berkata Kapten Izham tidak asing dengan jawatan itu kerana beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Operasi dari 2012 hingga 2015.

"Dengan pengalaman hampir 36 tahun dalam industri penerbangan dan baru sahaja menamatkan Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, saya yakin beliau akan menerajui Bahagian Operasi dan Kejuruteraan ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

"Sebagai tenaga kerja tempatan kami, saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau dalam membawakan kecemerlangan operasi kepada seluruh Kumpulan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kapten Izham memulakan kerjaya beliau dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang terlatih dan mengendalikan pelbagai pesawat daripada Fokker 27, Airbus 330 hinggalah kepada Boeing 747.

Bellew juga mengalu-alukan Aminuddin yang menyandang jawatan baharunya di MASwings.

"Aminuddin memiliki pengalaman profesional lebih 27 tahun dalam bidang kejuruteraan. Saya yakin beliau akan membangunkan pelan menyeluruh dan mampan bagi menambah baik operasi, prestasi kewangan dan pengalaman perkhidmatan pelanggan MASwings.

"Kumpulan terus komited untuk mengembangkan lagi syarikat penerbangan komuniti ini untuk menyediakan khidmat penerbangan luar bandar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Aminuddin memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Aeronautikal daripada Universiti Teknologi Malaysia dan memulakan kerjaya beliau di Malaysia Airlines sebagai Pelatih, Penyenggaraan Pesawat.

Dalam tempoh 12 tahun kemudiannya beliau memegang pelbagai jawatan sebelum berpindah ke GE Aviation dengan jawatan terakhirnya adalah sebagai Pengarah Jualan Serantau bagi Asia Pasifik.

Beliau menyertai semula Malaysia Airlines pada 2012 sebagai Naib Presiden Kanan Airline Engineering dan di lantik sebagai Ketua, Operasi Teknikal pada  September 2015.

MASwings menyediakan perkhidmatan di rangkaian 24 destinasi dan mengendalikan 10 pesawat ATR 72-500 dengan 64 tempat duduk menghubungkan ke lapangan terbang Kota Kinabalu, Kuching, dan Miri ke bandar-bandar utama di  Sabah dan Sarawak. -Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Malaysia Airlines Lantik Kapten Izham COO Baharu
Malaysia Airlines Lantik Kapten Izham COO Baharu
Malaysia Airlines Bhd (MAB) melantik Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharunya, berkuat kuasa pada Selasa.
https://2.bp.blogspot.com/-bNUrzYvWnAc/WBickWDixeI/AAAAAAAADac/EniNs4rOA_kn9QvFjStuC18Jnd9sJ0xyQCK4B/s640/Malaysia%2BAirlines%2BLantik%2BKapten%2BIzham%2BCOO%2BBaharu.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-bNUrzYvWnAc/WBickWDixeI/AAAAAAAADac/EniNs4rOA_kn9QvFjStuC18Jnd9sJ0xyQCK4B/s72-c/Malaysia%2BAirlines%2BLantik%2BKapten%2BIzham%2BCOO%2BBaharu.jpeg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/11/malaysia-airlines-lantik-kapten-izham.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/11/malaysia-airlines-lantik-kapten-izham.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy