Tan Cheng Hoe Mahu Pulun PDRM Di Jebat

Menjelang perlawanan separuh akhir ke-2 esok di Stadium Hang Jebat, Tan Cheng Hoe bertekad mahu mencipta kenangan tersendiri. Beliau ingin membawa Kedah mara ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali pertama untuk dirinya selepas tidak dapat berbuat demikian musim lalu.

Musim lalu, pengendali sementara, Ramon Marcote, dipertanggungjawabkan mengendalikan skuad Lang Merah di peringkat suku akhir dan separuh akhir susulan ketiadaan Cheng Hoe yang menghadiri kursus kejurulatihan di China.

Bagaimanapun, umpama dianugerahkan sekali lagi peluang kedua, Cheng Hoe yang kini akan berada di tepi padang mahu anak buahnya meneruskan momentum mereka.

"Pemain perlu meneruskan keyakinan dan momentum mereka. Tahun lepas, saya tiada di peringkat suku akhir dan separuh akhir kerana terlibat dengan kursus kejurulatihan di China.

"Tahun ini, saya dapat bersama mereka dan saya harap mereka sekali lagi dapat ke final kerana penyokong setia kami mahukan pasukan ini dalam final.

Ditanya sama ada pemburuan gol awal menjadi misi utama berdepan PDRM dalam pertemuan separuh akhir kedua esok, Cheng Hoe berkata: "Bagi saya, yang penting kami tidak bolos. 

"Ramai yang bertanya kepada saya sama ada kami akan menerapkan corak bertahan tetapi pada saya, mustahil untuk bertahan selama 90 minit. Saya hanya mahu pemain meneruskan permainan seperti biasa."

Musim lalu, Kedah berjaya melangkah ke final selepas menewaskan Felda United dengan agregat 4-3 dalam separuh akhir.

Namun, harapan untuk menjulang trofi Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2008 tidak kesampaian apabila tewas 2-0 dalam final berdepan Selangor. - Astro Arena

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tan Cheng Hoe Mahu Pulun PDRM Di Jebat
Tan Cheng Hoe Mahu Pulun PDRM Di Jebat
Menjelang perlawanan separuh akhir ke-2 esok di Stadium Hang Jebat, Tan Cheng Hoe bertekad mahu mencipta kenangan tersendiri. Beliau ingin membawa Kedah mara ke pentas akhir Piala Malaysia buat kali pertama untuk dirinya selepas tidak dapat berbuat demikian musim lalu.
https://4.bp.blogspot.com/-v1wopIuHZ-c/WAF_UbDvH-I/AAAAAAAAHvw/PDORhNTFpfIHBuP0v5GppT6ApU7XmDYBgCK4B/s640/tan%2Bcheng%2Bhoe.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-v1wopIuHZ-c/WAF_UbDvH-I/AAAAAAAAHvw/PDORhNTFpfIHBuP0v5GppT6ApU7XmDYBgCK4B/s72-c/tan%2Bcheng%2Bhoe.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/10/tan-cheng-hoe-mahu-pulun-pdrm-di-jebat.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/10/tan-cheng-hoe-mahu-pulun-pdrm-di-jebat.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy