Kebakaran HSA : Petugas Berbaju Putih Antara Hero

Kelibat beberapa kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kelmarin yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran mendapat perhatian ramai.


JOHOR BAHRU - Kelibat beberapa kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kelmarin yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran mendapat perhatian ramai.

Tindakan pantas petugas berbaju putih ini menjadi viral di laman sosial yang kelihatan tidak kekok menghulurkan kudrat memadamkan kebakaran di wad unit rawatan rapi (ICU) bangunan induk HSA sebelum ketibaan anggota penyelamat ke lokasi tragedi.

Sinar Harian mendekati dua hero yang juga Pembantu Perubatan Kesihatan di situ.

Hazali Hussin, 35, anak kelahiran Johor Bahru berkata, tindakan menyelamatkan mangsa di wad ICU itu berlaku spontan selepas mengetahui terdapat mangsa dalam bilik terbabit.

“Saya dari bilik x-ray menuju ke bangunan induk sebelum nampak asap dan api dari bilik ICU di tingkat satu.

“Saya terus bergegas naik ke situ, tetapi tidak dapat masuk wad terbabit akibat asap tebal, namun saya nekad bersama beberapa rakan lain terjun dari tingkat satu ke bahagian luar tingkap wad,” katanya.

Bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, tiada lain yang difikirkannya hanya untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami lilit badan dengan hos dan terjun keluar tingkap wad tingkat dua itu bagi memberikan bantuan awal.

“Tiada perasaan takut, sebaliknya hanya ingin selamatkan mangsa dalam wad itu,” katanya.

Beliau yang berkhidmat 10 tahun di situ berkata, pasukan penyelamat tiba lima minit kemudian, namun dia tidak berganjak untuk terus membantu memadamkan kebakaran.

Manakala Mohd Hairul Anuar Mohd Zaki, 34, pula berkata, tragedi yang meragut enam nyawa kelmarin berlaku sangat pantas.

“Apa yang kami lakukan adalah tanggungjawab kerana memikirkan untuk menolong apatah lagi diberitahu ada tujuh mangsa dalam wad itu.

“Meskipun pada mulanya kami tak tahu nak turun ke mana dan bagaimana, namun tindakan spontan menyebabkan kami cari hos pemadam dan melilit ke badan sebelum melompat keluar,” katanya.

Menrutnya, walaupun melakukan kerja menyelamat terawal yang termampu, namun mereka terkilan kerana terdapat mangsa terkorban.

“Puas dan lega kerana ilmu kami miliki diguna untuk bantu orang awam.

“Kami bukan harap pujian atau dipanggil hero, namun apa kami lakukan atas dasar tanggungjawab jauh sekali untuk bermegah,” katanya. - Sinar Harian

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kebakaran HSA : Petugas Berbaju Putih Antara Hero
Kebakaran HSA : Petugas Berbaju Putih Antara Hero
Kelibat beberapa kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kelmarin yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran mendapat perhatian ramai.
https://3.bp.blogspot.com/-qONaJyYlbxo/WBG_QcWqUII/AAAAAAAAHx4/pY2bA7O9y8scgpjHfiv9Ageqf7QXLyNFwCK4B/s400/hsa%2B1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qONaJyYlbxo/WBG_QcWqUII/AAAAAAAAHx4/pY2bA7O9y8scgpjHfiv9Ageqf7QXLyNFwCK4B/s72-c/hsa%2B1.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/10/kebakaran-hsa-petugas-berbaju-putih.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/10/kebakaran-hsa-petugas-berbaju-putih.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy