Kebakaran HSA : 6 Disahkan Maut

Enam pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran membabitkan tingkat dua hospital berkenaan kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

JOHOR BAHRU - Enam pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran membabitkan tingkat dua hospital berkenaan kira-kira jam 9.00 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Othman Abdullah berkata, seorang mangsa dipercayai kakitangan yang berada di wad ICU berkenaan dilaporkan selamat.

Katanya, bomba menerima panggilan kira-kira jam 8.56 manakala 10 jentera dan 160 anggota bomba daripada Balai bomba dan Penyelamat, Johor Bahru, Tebrau, Kulai dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan hospital berkenaan namun ia tidak merebak ke aras lain. Bomba berdepan dengan kesukaran mengesan mangsa berikutan asap tebal termasuk untuk memadamkan kebakaran,"katanya ketika ditemui media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata terdapat 294 pesakit dirawat di bangunan hospital ini serta 193 kakitangan berada dalam bangunan ketika kejadian.

"Manakala di wad ICU terdapat 7 pesakit dan 8 jururawat berada diwad ketika kejadian bagaimanapun hanya satu pesakit lelaki dapat diselamatkan yang turut melecur 80 peratus.

"Mangsa yang mati melibatkan empat pesakit wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50 tahun yang ditemui rentung dalam wad tersebut," katanya.

Semua jururawat yang bertugas di wad ICU berjaya diselamatkan bagaimanapun tiga daripadnya sesak nafas akibat asap tebal.

Siasatan awal mendapati punca kebakaran disebabkan pendawaian dan polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah. - Sinar Harian

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kebakaran HSA : 6 Disahkan Maut
Kebakaran HSA : 6 Disahkan Maut
Enam pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) disahkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran membabitkan tingkat dua hospital berkenaan kira-kira jam 9.00 pagi tadi.
https://3.bp.blogspot.com/-7i4Z_CVv3Fg/WA8cxTks9yI/AAAAAAAAHxY/LASWvHPQnu8N9ZYWFEcY6_UscCWfUMufwCK4B/s640/WhatsApp%2BImage%2B2016-10-25%2Bat%2B10.45.15%2BAM.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-7i4Z_CVv3Fg/WA8cxTks9yI/AAAAAAAAHxY/LASWvHPQnu8N9ZYWFEcY6_UscCWfUMufwCK4B/s72-c/WhatsApp%2BImage%2B2016-10-25%2Bat%2B10.45.15%2BAM.jpeg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/10/kebakaran-hsa-6-disahkan-maut.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/10/kebakaran-hsa-6-disahkan-maut.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy