Jawatankuasa Fatwa Siasat Kaedah Perubatan

Jawatankuasa Fatwa negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik sebuah pusat rawatan alternatif di Jasin yang menjadi kontroversi sejak Selasa lalu, dalam masa terdekat ini.

MELAKA - Jawatankuasa Fatwa negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik sebuah pusat rawatan alternatif di Jasin yang menjadi kontroversi sejak Selasa lalu, dalam masa terdekat ini.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, menerusi perbincangan dikenali sebagai sesi pemurnian berkenaan, pihaknya akan memanggil pengamal perubatan alternatif berusia 42 tahun itu bagi mengenalpasti kaedah perubatan diamalkannya.

“Dari sudut laporan, kita sudah terima dan pihak kami akan melakukan sesi perbincangan bersama pemilik untukmengenalpasti kaedah perubatannya.

"Kita juga akan semak juga dari segi latar belakangnya mahupun pendidikan.

“Antara kaedah yang kita nak lihat adalah bagaimana kaedah Islam yang diguna itu didefinisikan. Sumber rujukan yang dari mana selain sudut bacaannya sama ada secara saintifik atau teori,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kaedah mandian sunnah tutup ubat dan sebut harga yang dilakukan lelaki itu juga dilihat umpama wang pengeras dan ia secara tidak langsung melanggar etika perubatan Islam kerana membebankan pesakit.

“Akhlak lelaki terbabit juga turut dinilai selaras garis panduan yang telah dikeluarkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan kerjasama Jakim pada 2013.

“Jika terdapat keraguan, dia boleh disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Melaka 1991. Antara tindakan yang akan diambil adalah menasihatinya agar tidak mengamalkan kaedah yang dijalankan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini, semalam.

Abdul Halim bagaimanapun menyarankan umat Islam mendapatkan pemeriksaan doktor bertauliah di hospital untuk terlebih dahulu sebelum merujuk kepada perubatan alternatif. - Sinar Harian

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Jawatankuasa Fatwa Siasat Kaedah Perubatan
Jawatankuasa Fatwa Siasat Kaedah Perubatan
Jawatankuasa Fatwa negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik sebuah pusat rawatan alternatif di Jasin yang menjadi kontroversi sejak Selasa lalu, dalam masa terdekat ini.
https://3.bp.blogspot.com/--gNLrX1hOuo/WAXlIQKmEGI/AAAAAAAAHwM/CxUjusmV63YAzcrTPXva-ePoNOaOKxi8QCK4B/s400/buku%2Bgaris%2Bpanduan%2Bperubatan%2Bislam.jpg
https://3.bp.blogspot.com/--gNLrX1hOuo/WAXlIQKmEGI/AAAAAAAAHwM/CxUjusmV63YAzcrTPXva-ePoNOaOKxi8QCK4B/s72-c/buku%2Bgaris%2Bpanduan%2Bperubatan%2Bislam.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/10/jawatankuasa-fatwa-siasat-kaedah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/10/jawatankuasa-fatwa-siasat-kaedah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy