Datuk Seri Idris Haron Penerima Darjah Utama Negeri Melaka

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan mendahului senarai 923 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan mendahului senarai 923 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.  

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar berkata Idris, penerima tunggal D.U.N.M tahun ini, merupakan Ketua Menteri Melaka pertama menerima darjah itu.

Penganugerahan darjah, bintang dan pingat itu akan dibuat melalui tiga sesi pada Sabtu (15 Oktober) dan Ahad (16 Oktober) serta 19 November depan.

Beliau berkata 229 orang akan menerima anugerah mereka pada Sabtu ini, 378 orang akan menerima anugerah pada Ahad, manakala selebihnya pada 19 Nov.   

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem merupakan antara 11 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima yang lain ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Naim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Utusan Khas Perdana Menteri ke Negara-negara Afrika Selatan Prof Emeritus Tan Sri Dr Lim Kok Wing dan Anggota Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah.  

Yang lain ialah Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan, Pengerusi Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd Tan Sri Mohd Hussin Abd Hamid, Timbalan Pengerusi Eksekutif Tanjung Offshore Bhd Tan Sri Tan Kean Soon, dan seorang lagi penerima yang akan ditentukan kemudian.

Pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei pula merupakan antara 20 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Penerima lain adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Exco Kesihatan, Sukan dan Antidadah Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim; Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Melaka Datuk Norpipah Abdol; Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Dr Roslan Md Taha.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Prof Datuk Dr S. Jeyaindran, Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, Ahli Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia Datuk Sheikh Othman Sheikh Abdul Rahman, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Md Latip Sarrugi.

Naib Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam Prof (Adjunct) Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin, Presiden Persatuan Bola Keranjang Melaka Datuk Tan Kang Yong, Penasihat MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi Majlis Veteran UMNO Melaka Datuk Sy Abdul Rahman Sy Mohammad Alhabshi dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah

Datuk Abd Talib Bachek.

Turut menerima D.C.S.M ialah Pengerusi Putrade Property Management Sdn Bhd, Tan Sri Alies Anor Abdul, Pengarah Smart Home Asia Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Tan Lung Lai, Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd, Datuk Lye Ek Seang, Pengarah Vascory AG, Datuk Ranjeet Singh Sidhu, dan seorang lagi penerima yang akan ditentukan kemudian.

Sebanyak 14 orang akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk iaitu Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Ibrahim Abdullah, Mufti Negeri Melaka Abdul Halim Tawil, Pesuruhjaya Kehakiman Badan Kehakiman Malaysia Datuk Mohd Firuz Jaffril, Panglima Markas 3 Divisyen Mej Jen Datuk Hasagaya Abdullah.    

Ketua Polis Melaka DCP Datuk Ramli Din, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri DCP Mazlan Lazim, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Adzis Abas, Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Shamsudin Mehat, Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Rosli Hasan.  

Pensyarah dan Pakar Bedah Neurologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Kuantan) Prof Dr Mohamed Saufi Awang; Pakar Perunding Perubatan Hospital Melaka Dr Kauthaman A. Mahendran dan Pengarah Kumpulan Urusan Affin Hwang Investment Bank Sdn Bhd Maimoonah Mohamed Hussain.

Pengarah Eksekutif XINYI Glass Holdings Limited Tung Ching Sai dan Presiden China General Nuclear Power Corporation (CGN) Zhang Shanming kedua-duanya menerima D.M.S.M Kehormat.   

Seramai 122 menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) membawa gelaran Datuk antaranya Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Datuk Ruslan Hasan; Penasihat Ketenteraan, Pejabat Menteri Pertahanan Brigedier Jeneral Arman Rumaizi Ahmad; Ketua Eksekutif Universiti Multimedia Malaysia Prof Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq.

Pengarang Eksekutif Berita Harian Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Pengarah Bahagian Program Radio Jabatan Penyiaran Malaysia Wan Bukhari Wan Daud, Pengarang Utusan Melayu (M) Bhd Zulkefli Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka Azmi Hussain.

Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Jabatan Ketua Menteri Melaka Abdul Wahab Shamsudin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Noor Azian Abdul Hamid, Pengerusi Kebangsaan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia Ong Kow Ee @ Ong Chiow Chuen.  

Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah Ghafar Misdar, Pengarah Urusan Sinar Jernih Sdn Bhd Mohd Said Osman, Penolong Setiausaha Bahagian UMNO Tangga Batu

Isnin Aman, Pengerusi Bahagian MIC Tangga Batu S. Gunasegaran.

Ketua Bahagian MIC Bukit Katil R.Jaganathan G.N.Ramashandu, Ketua Pegawai Operasi UDA Holdings Berhad Ahmad Tajuddin Mohamed, dan Pengerusi EDRA Power Holdings Sdn Bhd Lin Jian.

Selain itu sebanyak 62 orang bakal menerima Darjah Seri Melaka (D.S.M), 74 orang Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) dan 195 orang Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Sementara itu, Eksekutif Kanan Jualan Pemasaran Bernama Biro Melaka Masiron Kassiran merupakan antara 208 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K),  186 orang pula menerima Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M), dan 30 orang menerima Pingat Khidmat Lama (P.K.L). - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Datuk Seri Idris Haron Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
Datuk Seri Idris Haron Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, menerima Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan mendahului senarai 923 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri, sempena Sambutan Ulang tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
https://4.bp.blogspot.com/-3eIKia5KNvE/WAGD5QN32fI/AAAAAAAAHv8/HLJh5uewdxEMlCaTdggTuqFK-lgfaoKzQCK4B/s200/Melaka-Chief-Minister-Idris-Haron1.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-3eIKia5KNvE/WAGD5QN32fI/AAAAAAAAHv8/HLJh5uewdxEMlCaTdggTuqFK-lgfaoKzQCK4B/s72-c/Melaka-Chief-Minister-Idris-Haron1.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/10/datuk-seri-idris-haron-penerima-darjah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/10/datuk-seri-idris-haron-penerima-darjah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy