Ukraine Beri Sokongan Mutlak Siasatan MH17

Ukraine, sebagai anggota Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT), akan memberi sokongan mutlak terhadap siasatan berkaitan tragedi itu bagi memastikan tanggungjawab kehakiman ditegak tanpa mengira tempoh masa yang bakal diambil.

Ukraine Beri Sokongan Mutlak Siasatan MH17
KUALA LUMPUR - Ukraine, sebagai anggota Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT), akan memberi sokongan mutlak terhadap siasatan berkaitan tragedi itu bagi memastikan tanggungjawab kehakiman ditegak tanpa mengira tempoh masa yang bakal diambil.

Duta Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo berkata pada akhirnya, hanya bukti kukuh yang akan menghukum pelaku terbabit di mahkamah, dan ini lebih penting berbanding tempoh yang diambil bagi melengkapkan siasatan.

"Setelah mengetahui jenis senjata yang digunakan, barulah kita boleh menjejaki individu terbabit," katanya  dalam satu temu bual eksklusif di ibu pejabat agensi berita itu di sini hari ini.

Pada Rabu, JIT mengeluarkan satu laporan interim di Belanda berkaitan aspek jenayah dalam insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 serta mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Laporan itu mendapati pesawat jenis Boeing 777 itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK 9M38-series, yang dilancarkan dari wilayah dikuasai kumpulan pemisah militia disokong Rusia dan kemudian diangkut balik ke Rusia.

JIT berkata siasatan seterusnya akan memfokus kepada pelaku dan setakat ini, ia telah mengenal pasti kira-kira 100 orang yang boleh dikaitkan dengan tragedi MH17 atau kenderaan yang mengangkut BUK-TELAR.

Mereka juga bersetuju melanjutkan perjanjian JIT sehingga 1 Januari 2018.

Menjawab satu soalan, Nechytaylo berpendapat siasatan tidak perlu terlalu memfokus kepada pemberontak sebaliknya mereka yang berada di belakang tabir dan memberikan arahan.

Secara peribadi, beliau berkata tiada apa yang boleh menggantikan kesemua nyawa yang telah hilang.

"Apa yang menyedihkan saya ialah kesemua mangsa tidak bersalah dan tidak terlibat dalam konflik (di Ukraine)."

Mengulas dakwaan Rusia bahawa laporan itu berat sebelah serta bermotifkan politik, Nechytaylo berkata penemuan yang diperoleh sememangnya bebas menerusi pembabitan lima negara iaitu Belanda, Australia, Malaysia, Belgium dan Ukraine.

"Dalam situasi ini, ia bukan hanya membabitkan Ukraine atau Russia sebaliknya lima negara (JIT). Anda boleh menganggap laporan ini bermotifkan politik namun jika anda tidak mempunyai bukti, maka ia hanya sekadar kata-kata," katanya.

Beliau berkata semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dialu-alu mengemukakan bukti kepada JIT seperti yang termaktub dalam Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.

Resolusi itu, yang turut disokong oleh Rusia, menggesa semua negara anggota PBB "memberikan apa-apa bantuan yang diminta dalam siasatan sivil dan jenayah."

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova dilaporkan sebagai berkata negara berkenaan kecewa kerana tiada perubahan dalam siasatan tersebut dan penemuan yang diperoleh adalah berat sebelah serta bermotifkan politik. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ukraine Beri Sokongan Mutlak Siasatan MH17
Ukraine Beri Sokongan Mutlak Siasatan MH17
Ukraine, sebagai anggota Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT), akan memberi sokongan mutlak terhadap siasatan berkaitan tragedi itu bagi memastikan tanggungjawab kehakiman ditegak tanpa mengira tempoh masa yang bakal diambil.
https://4.bp.blogspot.com/-6le5zO1LxAE/V-0G6oQ-BFI/AAAAAAAADYQ/WK2ZIYRn08cuLWFfqzGe0GwjsikYH039ACK4B/s640/malaysia-airlines-flight-mh17.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-6le5zO1LxAE/V-0G6oQ-BFI/AAAAAAAADYQ/WK2ZIYRn08cuLWFfqzGe0GwjsikYH039ACK4B/s72-c/malaysia-airlines-flight-mh17.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/ukraine-beri-sokongan-mutlak-siasatan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/ukraine-beri-sokongan-mutlak-siasatan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy