Teleskop Radio Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi

Teleskop radio terbesar di dunia memulakan operasi di barat daya China pada Ahad, dengan Beijing mencanangkan ia sebagai sebuah projek yang akan membantu manusia mencari kehidupan makhluk asing, lapor AFP

Teleskop Radio Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi
BEIJING - Teleskop radio terbesar di dunia memulakan operasi di barat daya China pada Ahad, dengan Beijing mencanangkan ia sebagai sebuah projek yang akan membantu manusia mencari kehidupan makhluk asing.

Teleskop Radio Sfera Apertur (FAST) yang ditempatkan antara bukit-bukau dan gunung-ganang di wilayah Guizhou memulakan operasi sekitar tengah hari, lapor agensi berita Xinhua.

Dibina pada kos 1.2 bilion yuan (RM744 juta), teleskop itu meletakkan teleskop di Arecibo Observatory, Puerto Rico di tempat kedua sebagai teleskop radio terbesar di dunia, dengan ruang pemantul sebesar 30 padang bola sepak.

Gelombang yang dipancarkan FAST akan menjelajah angkasa lepas untuk mencari tanda-tanda kehidupan pintar, tambah laporan itu lagi.

China melihat program angkasa bernilai berbilion dolar yang dikendalikan tentera itu sebagai simbol kemajuan negara. Ia merancang sebuah stesen orbit angkasa lepas sebelum tahun 2020 dan seterusnya mahu melancarkan misi manusia ke bulan.

Xinhua memetik Wu Xiangping, Pengarah Persatuan Astronomi China, yang berkata bahawa teleskop tersebut mempunyai darjah kepekaan yang tinggi  yang 'dapat membantu mencari kehidupan asing di angkasa lepas'.

Pembinaan FAST bermula pada 2011 dan pegawai pemerintah berjanji pada Februari untuk memindahkan 10,000 orang penduduk dalam sekitar 5 kilometer radius demi memastikan sebuah persekitaran yang lebih baik untuk pemantauan.

Pada masa lalu, China telah memindahkan beratus-ratus ribu orang untuk memberi laluan kepada projek infrastruktur mega seperti empangan dan terusan.

Teleskop itu ditempatkan di kawasan terpencil yang dihuni rakyat miskin. Xinhua melaporkan bahawa ia dipilih kerana tiada bandar besar berdekatan. - AFP

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Teleskop Radio Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi
Teleskop Radio Terbesar Di Dunia Mula Beroperasi
Teleskop radio terbesar di dunia memulakan operasi di barat daya China pada Ahad, dengan Beijing mencanangkan ia sebagai sebuah projek yang akan membantu manusia mencari kehidupan makhluk asing, lapor AFP
https://1.bp.blogspot.com/-8u0z6taqLlk/V-jUa5kns9I/AAAAAAAADT8/CMX4e9e4Y0YXzcT-WYQq8r1KOSRUMFE3gCK4B/s640/fast.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-8u0z6taqLlk/V-jUa5kns9I/AAAAAAAADT8/CMX4e9e4Y0YXzcT-WYQq8r1KOSRUMFE3gCK4B/s72-c/fast.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/teleskop-radio-terbesar-di-dunia-mula.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/teleskop-radio-terbesar-di-dunia-mula.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy