Rotavirus: Pejabat Kesihatan Ambil Sampel Makanan Di Premis Resort Bukit Merah

Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah mengambil sampel makanan dari premis makanan di Resort Bukit Merah Lake Town dekat Bagan Serai untuk mengetahui punca jangkitan sembilan kes rotavirus di Kedah dan Pulau Pinang.

Rotavirus: Pejabat Kesihatan Ambil Sampel Makanan Di Premis Resort Bukit Merah
IPOH - Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah mengambil sampel makanan dari premis makanan di Resort Bukit Merah Lake Town dekat Bagan Serai untuk mengetahui punca jangkitan sembilan kes rotavirus di Kedah dan Pulau Pinang.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata walaupun pesakit berkenaan tidak mempunyai sejarah membeli makanan dan minuman di resort tersebut, tetapi mereka berada di pusat peranginan itu 24 September lalu.

"Pemeriksaan di fasiliti bilik air dan sistem kumbahan resort berkenaan juga telah dijalankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Aedes Perak, di sini hari ini.

Katanya sampel air telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor untuk analisis dan keputusannya dijangka diketahui dua hari lagi.

Dalam pada itu, Dr Juita berkata pihaknya telah mengarahkan taman tema air di resort tersebut ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 18 (1)(f), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Sekiranya pihak pengurusan membuat pembersihan dan disinfeksi segera, aktiviti air itu boleh dibuka lebih awal," katanya.

Sehubungan itu, Dr Juita menasihati orang ramai supaya mencuci tangan menggunakan air dan sabun selepas menggunakan tandas selain meminum air bersih bagi mengelak dijangkiti virus itu.

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa sembilan kes Gastroentritis Akut (AGE) dilaporkan di Kedah dan Pulau Pinang dengan tiga daripadanya disahkan positif rotavirus.

Sembilan kes tersebut melibatkan tujuh kanak-kanak berusia 11 bulan hingga 10 tahun di Kedah dan dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun di Pulau Pinang.

Kesemua mereka yang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, mula mengalami gejala pada 26 Sept dan pernah melawat taman rekreasi di Bukit Merah pada 24 Sept, katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Rotavirus: Pejabat Kesihatan Ambil Sampel Makanan Di Premis Resort Bukit Merah
Rotavirus: Pejabat Kesihatan Ambil Sampel Makanan Di Premis Resort Bukit Merah
Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah mengambil sampel makanan dari premis makanan di Resort Bukit Merah Lake Town dekat Bagan Serai untuk mengetahui punca jangkitan sembilan kes rotavirus di Kedah dan Pulau Pinang.
https://1.bp.blogspot.com/-ovMKrLFjZqs/V-0JttzfMsI/AAAAAAAADYc/riEffugVvlwxVcdRndKhhXokqNVkAPxTwCK4B/s640/bukit%2Bmerah.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ovMKrLFjZqs/V-0JttzfMsI/AAAAAAAADYc/riEffugVvlwxVcdRndKhhXokqNVkAPxTwCK4B/s72-c/bukit%2Bmerah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/rotavirus-pejabat-kesihatan-ambil.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/rotavirus-pejabat-kesihatan-ambil.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy