Proton Akan Jadi Lebih Kompetitif Dengan Kerjasama Asing - Ong Ka Chuan

Kerjasama Proton Holdings Bhd dengan pengeluar kereta asing akan membolehkannya menghasilkan kereta lebih berkualiti dan menjadikannya lebih kompetitif di pasaran.

Proton Akan Jadi Lebih Kompetitif Dengan Kerjasama Asing
KUALA LUMPUR - Kerjasama Proton Holdings Bhd dengan pengeluar kereta asing akan membolehkannya menghasilkan kereta lebih berkualiti dan menjadikannya lebih kompetitif di pasaran.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, selain itu kerjasama tersebut akan menyokong pembiayaan penyelidikan dan pembangunan Proton.

"Industri kenderaan bermotor adalah sesuatu yang inovatif. Kita hanya menjual 600,000 kenderaan setahun berbanding China yang menjual 24.3 juta kereta.

"Jika kita bekerjasama dengan syarikat besar atau negara besar, kualiti kereta kita akan menjadi kompetitif dengan bantuan jenama antarabangsa lain," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ekspo Penyelesaian Perusahaan Kecil dan Sederhana 2016 di sini, Khamis.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu terletak kepada Proton yang kini dimiliki DRB-Hicom Bhd dan kerajaan tidak akan campur tangan dalam jualan kepentingannya.

"Mereka bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri," katanya.

Ong berkata, Proton sebelum nii telah berbincang dengan sebuah syarikat kereta China dan kini sedang berunding dengan pengeluar kereta Jerman.

"Saya berpendapat mereka mahu mendapatkan tawaran terbaik," tambahnya.

Semalam DRB-Hicom berkata, ia sedang mengkaji cadangan mengenai penjualan pegangan Proton daripada lima pembeli berpotensi dan merancang menyelesaikan jualan itu menjelang pertengahan tahun depan. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Proton Akan Jadi Lebih Kompetitif Dengan Kerjasama Asing - Ong Ka Chuan
Proton Akan Jadi Lebih Kompetitif Dengan Kerjasama Asing - Ong Ka Chuan
Kerjasama Proton Holdings Bhd dengan pengeluar kereta asing akan membolehkannya menghasilkan kereta lebih berkualiti dan menjadikannya lebih kompetitif di pasaran.
https://2.bp.blogspot.com/-sCtGNYgxWUU/V-0FF-rvXHI/AAAAAAAADYE/RyGinA8iw6seUkcx_TZkJm1mmkmGWmx7ACK4B/s640/proton.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-sCtGNYgxWUU/V-0FF-rvXHI/AAAAAAAADYE/RyGinA8iw6seUkcx_TZkJm1mmkmGWmx7ACK4B/s72-c/proton.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/proton-akan-jadi-lebih-kompetitif.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/proton-akan-jadi-lebih-kompetitif.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy