Pelakon Ditahan Miliki Benih Ganja Dan Senjata Berbahaya

Polis mendapatkan perintah reman ke atas seorang pelakon dan dua yang lain sehingga 30 September ini kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.

Pelakon Ditahan Miliki Benih Ganja Dan Senjata Berbahaya
KUALA LUMPUR - Polis mendapatkan perintah reman ke atas seorang pelakon dan dua yang lain sehingga 30 September ini kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.

Pelakon berusia 29 tahun itu ditahan bersama seorang anak kepada individu bergelar Datuk, dan seorang pekerja pengurusan  teknologi maklumat warganegara Fillipina di sebuah banglo di Jalan Ampang kira-kira 12.40 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, ketika serbuan dibuat, pasukan risikan telah merampas tiga pokok ganja yang ditanam dalam pasu dan ganja yang sudah di proses dalam bekas kaca.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui tujuh bilah pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai ves Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Menurut Amar, polis percaya ganja yang ditanam adalah untuk kegunaan sendiri namun tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai polis berikutan penemuan ves dan lampu 'beacon' polis ketika serbuan dilakukan.

Keseluruhan nilai barangan rampasan terbabit dianggarkan bernilai RM25,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357), memetik laporan Astro Awani.



Sumber Gambar - Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pelakon Ditahan Miliki Benih Ganja Dan Senjata Berbahaya
Pelakon Ditahan Miliki Benih Ganja Dan Senjata Berbahaya
Polis mendapatkan perintah reman ke atas seorang pelakon dan dua yang lain sehingga 30 September ini kerana memiliki benih ganja dan senjata berbahaya.
https://1.bp.blogspot.com/-1SA7Z18USbg/V-jOiaaVtYI/AAAAAAAADTo/_Hgkagr-DS0sxOCrv03LQXskCI9U90x9wCK4B/s640/pelakon%2Bmiliki%2Bganja.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-1SA7Z18USbg/V-jOiaaVtYI/AAAAAAAADTo/_Hgkagr-DS0sxOCrv03LQXskCI9U90x9wCK4B/s72-c/pelakon%2Bmiliki%2Bganja.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/pelakon-ditahan-miliki-benih-ganja-dan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/pelakon-ditahan-miliki-benih-ganja-dan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy