Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Dengan kesan Terbakar

Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini malam semalam.

Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Dengan kesan Terbakar
SHAH ALAM - Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir berkata mangsa, Syaiyad Ali bernombor pasport BC0214534, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh orang awam kira-kira pukul 11.45 malam.

Beliau berkata dua saksi kejadian memberitahu polis mereka terlihat api ketika melalui kawasan berhampiran pesisir pantai berkenaan sebelum menjumpai mayat lelaki itu yang telah terbakar.

"Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa berumur lingkungan 40-an itu hampir seratus peratus terbakar namun ada kesan luka pada belakang badan dan dahi dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan pantai itu untuk dibakar bertujuan untuk memusnahkan bukti," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, di sini hari ini.

Zailan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa memakai cincin pada kedua-dua jari manis. Dompet berisi pasport miliknya selain dua keping wang RM20 dan RM10 dijumpai di dalam poket baju hadapan yang turut terbakar.

Bagaimanapun katanya, satu penutup botol minyak pelincir kenderaan jenama Castrol turut dijumpai berhampiran tempat kejadian dan polis percaya ia adalah daripada bekas bahan yang digunakan suspek untuk membakar mangsa.

Zailan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan gerakan memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan sedang giat dijalankan. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Dengan kesan Terbakar
Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Dengan kesan Terbakar
Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini malam semalam.
https://1.bp.blogspot.com/-ZTJaORJD6Mc/V-jdjp3oiPI/AAAAAAAADUg/ycqagiTD-vMM6UANe1RHo-pjc3hMaYuLACK4B/s640/kes%2Bbunuh.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ZTJaORJD6Mc/V-jdjp3oiPI/AAAAAAAADUg/ycqagiTD-vMM6UANe1RHo-pjc3hMaYuLACK4B/s72-c/kes%2Bbunuh.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/mayat-warga-bangladesh-dijumpai-dengan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/mayat-warga-bangladesh-dijumpai-dengan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy