Logo Baharu, Lagu Rasmi Harimau Malaysia Diperkenal

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016

Logo Baharu, Lagu Rasmi Harimau Malaysia Diperkenal
SEREMBAN -  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, hari ini. 

Logo ciptaan Muhammad Amzar Mohamed, 22, menjadi pilihan 20,000 peminat yang membuat undian dalam talian daripada 2,000 penyertaan yang diterima bagi peraduan anjuran FAM itu. 

Muhammad Amzar, berasal dari Subang Jaya, Selangor, adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor. Perlawanan amal antara Dugong All Stars menentang Pilihan Harimau Malaysia itu disaksikan oleh 20,000 penonton. Pilihan Harimau Malaysia memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-1.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affandi Hamzah, berkata logo itu juga akan digunakan dalam penghasilan produk atau barangan yang akan dikeluarkan khususnya yang berkaitan dengan pasukan kebangsaan termasuk jersi pasukan. 

"Kita harap melalui penjenamaan semula ini, ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan," katanya. 

Pada majlis sama, lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul 'Laungkanlah' turut secara rasmi diperdengarkan kepada umum dan lagu itu akan dimainkan secara ekslusif di stesen radio ERA fm selama sebulan. Selain itu, lagu berkenaan juga akan dijadikan lagu pemangkin semangat setiap kali pasukan Harimau Malaysia turun beraksi. 

Logo rekaan Muhammad Amzar telah mendapat undian tertinggi dalam undian awam yang dibuat dalam talian selama 13 hari dari 22 Mac hingga 3 April lalu dalam kalangan lima logo terbaik yang dipilih panel penilai profesional pada 8 Mac lalu. 

Muhammad Amzar, ketika ditemui, berkata beliau mengambil masa selama dua hari untuk membuat kajian dan sehari untuk membuat lakaran sebelum menghantar peraduan sehari sebelum tarikh tutup peraduan. 

"Saya pilih untuk membuat logo harimau dengan pandangan ke tepi berbanding logo harimau lain yang kebanyakannya pandang ke hadapan, yang mana ia juga membawa maksud pasukan akan terus maju ke depan. 

"Saya juga pilih warna dari warna bendera Malaysia kecuali warna biru saya gantikan dengan warna hitam kerana hitam lebih dominan dan lebih gagah," katanya yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000. Pilihan Harimau Malaysia, dikendalikan oleh Ong Kim Swee itu, antara lain dibarisi Lim Chan Yew, Dollah Salleh, Annuar Abu Bakar, B. Sathianathan dan Bradley John Maloney. 

Dugong All Stars terdiri daripada gabungan bekas pemain profesional yang kini berkhidmat sebagai pengulas di Astro Arena, selebriti TV dan radio serta orang awam yang dipilih oleh Astro. 

Dikendalikan bekas penyerang kebangsaan Azman Adnan, pasukan Dugong All Stars ini menampilkan penyampai ERA fm, Johan dan Ray dan Radin serta artis-artis tempatan seperti Black, Tomok, Akim, Altimet, Achey Bocey, Zahid dan Joe Flizzow. - BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Logo Baharu, Lagu Rasmi Harimau Malaysia Diperkenal
Logo Baharu, Lagu Rasmi Harimau Malaysia Diperkenal
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memperkenalkan logo baharu skuad kebangsaan 'Harimau Malaysia' sempena perlawanan amal Hari Malaysia 2016
https://3.bp.blogspot.com/-pxK6QKZnJq8/V9vvzeCIhFI/AAAAAAAADRs/BiMoRyGCTC4GklZ0-luEl4-JpiUWQppWgCK4B/s640/Logo%2BBaru%2BHarimau%2BMalaysia.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-pxK6QKZnJq8/V9vvzeCIhFI/AAAAAAAADRs/BiMoRyGCTC4GklZ0-luEl4-JpiUWQppWgCK4B/s72-c/Logo%2BBaru%2BHarimau%2BMalaysia.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/logo-baharu-lagu-rasmi-harimau-malaysia.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/logo-baharu-lagu-rasmi-harimau-malaysia.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy