Kerajaan Tegas Ubah Sistem Pengangkutan Awam

Kerajaan kini mengambil tindakan tegas untuk menyiapkan apa yang belum dilakukan dan diberi tumpuan sebelum ini dalam memodenkan dan mentransformasi sistem pengangkutan awam Malaysia.

Kerajaan Tegas Ubah Sistem Pengangkutan Awam
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kerajaan kini mengambil tindakan tegas untuk menyiapkan apa yang belum dilakukan dan diberi tumpuan sebelum ini dalam memodenkan dan mentransformasi sistem pengangkutan awam Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberikan jaminan bahawa beliau akan terus memberikan perhatian penuh untuk membangunkan sistem pengangkutan yang moden, efisien, dipercayai dan selamat untuk penduduk di Lembah Klang dan di luarnya.  

"Kesan daripada kesesakan lalu lintas yang melemaskan akan membuatkan bandar raya kurang ideal untuk didiami dan ini seterusnya menjadi kurang efektif bagi pelawat dan pelabur.

"Bandar raya lain di rantau ini sedang berusaha menjadikan mereka bertaraf dunia, kita juga tidak harus ketinggalan," katanya semasa merasmikan majlis pecah tanah laluan Aliran Transit Massa (MRT) Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) di tapak projek MRT Putrajaya Sentral, di sini hari ini.

"Kami mengambil tindakan tegas untuk menyiapkan apa yang belum dilakukan sebelum ini dan membetulkan segala kelemahan ekosistem pengangkutan awam kita," katanya.

Perdana menteri berkata, laluan 52.2km panjang itu yang mempunyai 37 stesen, akan memendekkan masa perjalanan dari pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya ke Kuala Lumpur kepada 30 minit.

Najib berkata, laluan MRT SSP (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) akan mempunyai persimpangan bertingkat di sepanjang laluannya dengan perkhidmatan rel yang ada seperti KTM Komuter, LRT, Monorel dan Express Rail Link serta akan dintegrasikan termasuk dengan Kereta api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang sedang dibangunkan.

"Dengan ini maka kita akan mewujudkan peluang dalam masa tidak berapa lama lagi, kita akan perlukan hanya 30 minit sahaja untuk ke KL dan jika kita mahu ke Singapura kita akan memerlukan hanya 90 minit sahaja.

"Ini semua bayangan Malaysia pada masa depan yang moden dan kita mesti pastikan bahawa segala projek seperti ini dapat disiapkan mengikut jadual dan mengikut bajet," katanya.

Najib menekankan akan pentingnya faktor kebolehpercayaan dalam sistem pengangkutan awam untuk memenuhi tahap kepuasan paling tinggi pengguna. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) kerana berupaya menyiapkan projek itu menepati masa dan dalam lingkungan kos yang disasarkan.

Menurut kenyataan MRT Corp, fasa satu Laluan MRT SSP dari Sungai Buloh ke Kampung Batu dijangka beroperasi pada suku kedua 2021, sementara laluan itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku kedua 2022.

Laluan MRT akan beroperasi dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya. Laluan itu akan mempunyai 12 persimpangan bertingkat yang disepadukan dengan perkhidmatan rel sedia ada serta stesen pertukaran di Bandar Malaysia Selatan bagi kereta api rel berkelajuan tinggi.

Sebaik beroperasi, Laluan MRT SSP dijangka mempunyai bilangan penumpang harian sebanyak 529,000 orang.- Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kerajaan Tegas Ubah Sistem Pengangkutan Awam
Kerajaan Tegas Ubah Sistem Pengangkutan Awam
Kerajaan kini mengambil tindakan tegas untuk menyiapkan apa yang belum dilakukan dan diberi tumpuan sebelum ini dalam memodenkan dan mentransformasi sistem pengangkutan awam Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-S0yxqhJqp44/V9p9Vd0E2OI/AAAAAAAADQs/ujcSSDLomhQlsnftU51SvcqDbUqLg4w6ACK4B/s640/Najib-Razak.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-S0yxqhJqp44/V9p9Vd0E2OI/AAAAAAAADQs/ujcSSDLomhQlsnftU51SvcqDbUqLg4w6ACK4B/s72-c/Najib-Razak.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/kerajaan-tegas-ubah-sistem-pengangkutan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/kerajaan-tegas-ubah-sistem-pengangkutan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy