Isu Hina - Jeff Ooi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun ditahan selama empat jam dan dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Isu Hina - Jeff Ooi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun ditahan selama empat jam dan dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Salah seorang peguamnya, RSN Rayer berkata, Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi ditahan sebaik selesai memberi keterangan kepada pihak polis. Menurutnya,  Jeff Ooi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dengan tempoh sebulan.

"Kita ke Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk memberi keterangan seperti yang diminta Ketua Polis Negara berhubung laporan polis yang dibuat ke atas Jeff Ooi.

"Jeff Ooi kemudiannya ditahan selepas dia memberi keterangan namun dibebaskan dengan jaminan polis selama tempoh sebulan.

"Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat ini namun, kita berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada polis pada bila-bila masa.

"Jeff Ooi disiasat oleh dua pegawai polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pegawai polis dari IPDTL berhubung laporan polis yang dibuat termasuk laporan polis di Johor," katanya.

Terdahulu, Jeff Ooi tiba bersama Rayer kira-kira jam 2.30 petang semalam dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Fortuner untuk memberi keterangan berhubung kenyataan (posting) biadab di Twitternya berhubung pemergian tokoh agama terkenal, Allahyarham Datuk Haron Din.

Difahamkan, selain Rayer, Jeff Ooi akan diwakili tiga lagi peguam iaitu Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Rayer berkata, Jeff Ooi disiasat mengikut Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sesi rakaman keterangan berjalan lancar dan polis juga memberi layanan yang baik. Kita juga memberi kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Jeff Ooi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja dengan niat melukakan perasaan seseorang. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, sehingga kini, kira-kira lima laporan polis dibuat ke atas Jeff Ooi termasuk dari Pas kerana memuat naik 'posting' dalam Twitternya minggu lalu.

Jumaat lalu, Jeff Ooi didapati menulis 'Adios Harun Din. Let there be peace' di Twitternya yang didakwa ditujukan kepada Mursyidul Am Pas, Allahyarham Haron Din.

Sementara itu, Jeff Ooi enggan mengulas lanjut ketika diminta memberi komen berhubung penahanannya itu. Beliau hanya menjawab 'no komen' sambil tersenyum ketika media cuba menemubualnya, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Isu Hina - Jeff Ooi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Isu Hina - Jeff Ooi Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun ditahan selama empat jam dan dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.
https://4.bp.blogspot.com/-xNP_CsxCANw/V-FA9GMYfCI/AAAAAAAADS0/iLgZw_vJDUYz890jtKGwJJOHfB-HTPQzACK4B/s640/jeff%2Boi.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-xNP_CsxCANw/V-FA9GMYfCI/AAAAAAAADS0/iLgZw_vJDUYz890jtKGwJJOHfB-HTPQzACK4B/s72-c/jeff%2Boi.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/isu-hina-jeff-ooi-dibebaskan-dengan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/isu-hina-jeff-ooi-dibebaskan-dengan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy