Dua Anggota JPJ Dituduh Terima Rasuah RM100

Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100.

Dua Anggota JPJ Dituduh Terima Rasuah RM100
ALOR SETAR – Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100.

Erwan Saidin, 34, dan Mohd Asri Ismail, 34, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 September 2015 di tepi jalan di Jalan Padang Meha menghala ke arah Jalan Sungai Karangan, Kulim kira-kira jam 12.32 tengah hari.

Masing-masing yang hadir dengan mengenakan baju-t berwarna hitam dan biru kelihatan tenang ketika berada di kamar mahkamah sementara menanti sebutan kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka dengan niat secara rasuah memperoleh suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM100 daripada Azahar Ahmad, 47, sebagai dorongan bagi tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal mereka sebagai ejen kerajaan.

Suapan itu supaya mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Azahar yang memandu sebuah lori dengan lebih muatan yang merupakan kesalahan mengikut Kaedah 89 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan 1959).

Mereka didakwa melakukan suatu kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta yang sama dan dibawa bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, anggota JPJ berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, A.Hafiizh Abu Bakar mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Erwan ketika berada di kamar tertuduh kemudiannya merayu supaya dikurangkan wang jaminan.

“Saya minta kurang sebab isteri saya sedang sakit, ayah pula baru saja meninggal dunia. Saya harap dipertimbangkan,” katanya.

Mohd Asri juga turut membuat rayuan sama dengan alasan menjadi penanggung utama keluarga kerana isterinya tidak bekerja.

Hakim, Zainol Rashid Hussain membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 11 Oktober untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam, memetik laporan Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Dua Anggota JPJ Dituduh Terima Rasuah RM100
Dua Anggota JPJ Dituduh Terima Rasuah RM100
Dua pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM100.
https://4.bp.blogspot.com/-W2NcGEKbn-Y/V-jNMrAvpAI/AAAAAAAADTc/RD92VCy88KYMxLvqD6nC91oQOTmhiTstwCK4B/s640/rasuah.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-W2NcGEKbn-Y/V-jNMrAvpAI/AAAAAAAADTc/RD92VCy88KYMxLvqD6nC91oQOTmhiTstwCK4B/s72-c/rasuah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/dua-anggota-jpj-dituduh-terima-rasuah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/dua-anggota-jpj-dituduh-terima-rasuah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy