Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia
Kuala Lumpur - Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun. Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru.

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983). Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am, lapor Harian Metro.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia
Datuk Dr Haron Din Meninggal Dunia
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.
https://2.bp.blogspot.com/-SOVZid7O5pE/V9t0EFQM8rI/AAAAAAAAA5I/ciyPF1BCsR8ML5cuIbhA6PDfUzn1jQSwACK4B/s640/harun%2Bdin.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-SOVZid7O5pE/V9t0EFQM8rI/AAAAAAAAA5I/ciyPF1BCsR8ML5cuIbhA6PDfUzn1jQSwACK4B/s72-c/harun%2Bdin.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/09/datuk-dr-haron-din-meninggal-dunia.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/09/datuk-dr-haron-din-meninggal-dunia.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy