Turki Kembali Bergolak, Tentera Lancar Rampasan Kuasa

tentera Turki mengumumkan pihaknya telah merampas kuasa di negara ini pada Sabtu, mencetuskan pertempuran berdarah di Istanbul dan Ankara.


ANKARA - Elemen tentera Turki mengumumkan pihaknya telah merampas kuasa di negara ini pada Sabtu, mencetuskan pertempuran berdarah di Istanbul dan Ankara. 

Seorang jurugambar AFP melihat tentera menembak ke arah orang ramai yang berkumpul berhampiran salah sebuah jambatan Bosphorus di Istanbul dan agensi berita Anadolu yang dikendalikan negeri melaporkan bahawa Parlimen di Ankara telah dibom.

Tidak dapat dipastikan siapa yang menguasai negara NATO strategik dengan penduduk seramai 80 juta orang itu ketika kereta kebal dilihat di sekitar jalanan dan letupan demi letupan bergema di dua bandar terbesar di negara ini. 

Pada awal malam, Presiden Recep Tayyip Erdogan yang kelihatan menggigil, muncul di kaca televisyen dari lokasi yang tidak diketahui, menegaskan beliau masih berkuasa dan berikrar tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melakukan tindakan rampasan itu.

"Saya amat percaya pihak yang merancang rampasan kuasa ini tidak akan berjaya," katanya, bercakap dari telefon bimbit melalui FaceTime.

Kepanikan global timbul dengan perkembangan itu, ketika sumber presiden mengatakan, jet pejuang F-16 telah menembak jatuh sebuah helikopter yang dirampas oleh komplot rampasan kuasa itu. 

Stesen televisyen negeri TRT berkata, tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan yang ditandatangani kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Council for Peace in the Homeland (Majlis Keamanan di Tanah Air).

"Kuasa dalam negara ini telah dirampas secara keseluruhannya," kata kenyataan itu. 

Katanya, rampasan kuasa itu telah dilancarkan "untuk memastikan dan mengembalikan pemerintahan berperlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan dan membenarkan keluhuran undang-undang di negara ini diguna pakai, bagi memulihkan keadaan yang terganggu". 

Masih belum jelas sama ada cubaan pengambilalihan itu disokong dengan meluas oleh pihak tentera, atau hanya beberapa unsur di dalam pasukan itu, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Turki Kembali Bergolak, Tentera Lancar Rampasan Kuasa
Turki Kembali Bergolak, Tentera Lancar Rampasan Kuasa
tentera Turki mengumumkan pihaknya telah merampas kuasa di negara ini pada Sabtu, mencetuskan pertempuran berdarah di Istanbul dan Ankara.
https://2.bp.blogspot.com/-Nv7sOzoqpbQ/V4mUHXvBxwI/AAAAAAAADOA/T69OPIHNhUwVbG-sVt6Ne_HWRtEmPB-OQCK4B/s640/rampasan%2Bkuasa%2Bdi%2Bturki.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-Nv7sOzoqpbQ/V4mUHXvBxwI/AAAAAAAADOA/T69OPIHNhUwVbG-sVt6Ne_HWRtEmPB-OQCK4B/s72-c/rampasan%2Bkuasa%2Bdi%2Bturki.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/07/tentera-lancar-rampasan-kuasa-di-turki.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/07/tentera-lancar-rampasan-kuasa-di-turki.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy