Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan 16 Julai 2016

Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.


KUALA LUMPUR - Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sedan tersebut, Perodua Bezza, akan dilancarkan pada 21 Julai, 2016.

"Sedan tersebut adalah hasil daripada kerjasama dan pemindahan teknologi dengan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor.

"Ia dengan bimbingan mereka yang kami kini dapat berdiri sendiri dengan model baharu ini dan ia merupakan sedan yang sesuai dengan keperluan setiap rakyat Malaysia," katanya.

Aminar berkata sedan tersebut merupakan model transformasi kedua Perodua (selepas Axia) dan kereta global pertama syarikat dengan varian 1.3L Advance yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.

"Nama sedan tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan ‘Beza’ dalam Bahasa Malaysia, yang bermakna ‘berbeza’ dan ia adalah sedan EEV pertama Perodua – yang jelas berbeza," katanya.

Perodua Bezza dikeluarkan di kilang yang diperakui dari segi EEV, Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, mempunyai kemudahan yang amat moden dengan lebih 75 peratus kadar automasi.

Kilang yang sama turut mengeluarkan Perodua Axia. Model terkini Perodua itu mempunyai lima varian -- 1.0L dengan transmisi manual dan automatik; 1.3L "Premium X" (transmisi manual dan automatik); dan,
1.3L "Advanced Version" transmisi automatik.

"Dengan ciri-ciri yang boleh didapati dalam kenderaan mewah yang digabungkan dalam Perodua Bezza, ditambah dengan rekaannya yang menarik, perjalanan yang lancar, berkualiti pada harga yang berpatutan, meningkatkan kedudukan eksport kami akan menjadi realiti," kata Aminar.

Model tersebut mempunyai enam warna, menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam -- 'sugar brown', biru laut, 'lava red', 'ebony black', 'glittering silver' dan 'solid ivory white', memetik laporan Astro Awani.


sumber gambar :- Careta.my

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan 16 Julai 2016
Perodua Bezza Dibuka Untuk Tempahan 16 Julai 2016
Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co dari Jepun, akan dibuka untuk tempahan mulai Sabtu ini.
https://4.bp.blogspot.com/-rTy4gbtF-Zk/V4ibevSDthI/AAAAAAAADNw/KkKPkv1uT7YIxICegWiATrinu0rULPjMwCK4B/s640/perodua%2Bbezza%2Bsedan.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-rTy4gbtF-Zk/V4ibevSDthI/AAAAAAAADNw/KkKPkv1uT7YIxICegWiATrinu0rULPjMwCK4B/s72-c/perodua%2Bbezza%2Bsedan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/07/perodua-bezza-dibuka-untuk-tempahan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/07/perodua-bezza-dibuka-untuk-tempahan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy