Melaka United Terus Terajui Liga Premier

Gol oleh pemain import Alex Tudose pada penghujung permainan membawa Melaka United terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2016 apabila bangkit tiga kali sebelum menewaskan pasukan Kuantan FA 4 - 3 dalam aksi yang berlangsung di stadium Darul Makmur malam tadi.


KUANTAN - Gol oleh pemain import Alex Tudose pada penghujung permainan membawa Melaka United terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2016 apabila bangkit tiga kali sebelum menewaskan pasukan Kuantan FA 4 - 3 dalam aksi yang berlangsung di stadium Darul Makmur malam tadi.

Melaka United yang turun ke gelanggang lawan bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan seawal minit  pertama permainan oleh penyerang pasukan Kuantan FA Shazalee Ramlee.

Penyerang import berbisa Melaka Unted, Ilija Spasojevic kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-27 sebelum Dao Bakary kembali meletakkan pasukan tuan rumah 2 - 1 dihadapan pada minit ke-30.

Alex Tudose kembali menyuntik semangat pemain Melaka United apabila tendangan lambungnya berjaya menewaskan penjaga gol Kuantan FA untuk menyamakan kedudukan 2 - 2.

Kerapuhan benteng pertahanan Melaka United terus di hukum oleh pasukan tuan rumah apabila kembali mendahului 3 - 2 pada minit ke-36 hasil jaringan kedua Shazalee Ramlee.

Bersambung babak kedua, pasukan Melaka United kembali mengandakan asakan dan hasilnya pada minit ke-46, Yashir Pinto berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan untuk keduduakn terikat 3 - 3.

Alex Tudose melengkapkan malam kebangkitan buat pasukan Melaka United apabila menanduk masuk bola hasil hantaran dari sebelah kiri pintu gol Kuantan FA untuk gol kemenangan Melaka United.

Dengan tiga mata berharga berjaya dibawa pulang dari Kuantan, Melaka United kini mengumpul 36 mata, lima mata mendahului pasukan JDT ll di tangga kedua liga.

Pasukan Melaka United akan bertemu pasukan dari liga super, Felda United dalam aksi Piala Malaysia 2016 jumaat ini di Stadium Hang Jebat.




Sumber Gambar :- MUSA

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Melaka United Terus Terajui Liga Premier
Melaka United Terus Terajui Liga Premier
Gol oleh pemain import Alex Tudose pada penghujung permainan membawa Melaka United terus kekal di tangga teratas Liga Premier 2016 apabila bangkit tiga kali sebelum menewaskan pasukan Kuantan FA 4 - 3 dalam aksi yang berlangsung di stadium Darul Makmur malam tadi.
https://2.bp.blogspot.com/-Nn8mv3dGuDE/V5cjzg9OheI/AAAAAAAADOs/YqgWLWc3iS4VqhK0dLxkQnwEdn1xystBACK4B/s640/mu.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-Nn8mv3dGuDE/V5cjzg9OheI/AAAAAAAADOs/YqgWLWc3iS4VqhK0dLxkQnwEdn1xystBACK4B/s72-c/mu.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/07/melaka-united-terus-terajui-liga-premier.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/07/melaka-united-terus-terajui-liga-premier.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy