Ashin Wirathu, Dalang Kebencian Islam Di Myanmar

Menggelarkan dirinya "Burmese Bin Laden", Ashin Wirathu adalah dalang disebalik kebencian terhadap agama Islam di Myanmar.


Isu penindasan ke atas etnik Rohingya sebenarnya sudah lama berlarutan sejak dari dulu lagi. Ianya kembali menarik perhatian seluruh dunia terutamanya di Malaysia apabila gambar-gambar pembantaian secara beramai-ramai ke atas penduduk Rohingya ini menjadi viral di laman sosial Facebook ketika seluruh umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Satu-satunya cara untuk mereka lari dari konflik ini adalah melalui penyeluduan secara beramai-ramai. Mereka mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia yang majoritinya beragama Islam melalui penyeludupan kerana hanya ini sahajalah jalannya mereka dapat melarikan diri dari terus ditindas oleh penganut Buddha di Myanmar yang sememangnya membenci masyarakat Islam di sana.

Ashin Wirathu, Dalang Kebencian Islam Di Myanmar

Menggelarkan dirinya "Burmese Bin Laden", Ashin Wirathu adalah dalang disebalik kebencian terhadap agama Islam di Myanmar. Anak kedua dari lapan adik beradik ini, Wirathu dilahirkan pada tahun 1968 dalam sebuah bandar berdekatan Mandalay dan hanya mendapat pendidikan sekolah sehingga umur 14 tahun, dan kemudian menjadi sami. Keazaman yang tinggi untuk meninggalkan “kehidupan yang penuh dengan ketamakan dan penindasan”, beliau juga tiada keinginan untuk berkahwin dan hidup bersama  wanita dalam hidupnya.

Wirathu mendakwa dirinya membaca Al-Quran da memiliki beberapa rakan Muslim, “Kami tidak begitu rapat kerana rakan Muslim saya tidak tahu bagaimana ingin berbicara dengan sami Buddha… Saya boleh terima untuk dijadikan sebagai seorang rakan jika mereka mengakui bahawa saya seorang tokoh agama yang disegani dan dihormati.”

Mula dikenali apabila beliau melancarkan kempen kebangsaan memboikot orang-orang Islam pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau dipenjarakan selama 25 tahun kerana menghasut sentimen membenci orang-orang Islam, namun dibebaskan pada tahun 2010 atas sebab pengampunan. Apabila dibebaskan, beliau kembali menyebarkan sentimen kebencian terhadap Islam dengan lebih agresif.

Dengan statusnya sebagai seorang sami, ramai penganut-penganut Buddha mempercayai kata-katanya seterusnya menimbulkan permusuhan di antara kaum Muslim Rohingya dan penganut Buddha di Rakhine yang telah menyebabkan 200 orang terbunuh dan lebih 100,000 lagi menjadi pelarian.

Semuanya adalah disebabkan Wirathu yang juga telah mengetuai perhimpunan sami-sami di Mandalay mempertahankan Presiden Thein Sein kerana sebuah perancangan kontroversi untuk mengalihkan Rohingya ke negara dunia ketiga. 

Wirathu juga berkata bahawa wanita Buddha telah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan akan dibunuh sekiranya tidak mematuhi agama Islam. Dengan niat mewujudkan diskriminasi agama lain keatas agama Islam, Wirathu kembali menerajui kempen "969" yang mendorong penganut Buddha untuk menyokong perniagaan orang-orang Buddha (Buy Buddhist and Shop Buddhist).

Wirathu juga secara terbuka  menyalahkan golongan Muslim menjadi punca kegananasan yang berlaku. Beliau juga menuduh golongan Muslim ini mendapat dana daripada kuasa Timur Tengah bagi mencetuskan keganasan.

Golongan Muslim tempatan ganas dan kasar kerana golongan ekstrimis telah mendokong mereka, memberikan mereka dana, membekalkan senjata dan tenaga teknikal.-Ashin Wirathu

Penganut Buddha tidak bersetuju dengan ajaran beliau

Bukan semua bersetuju dengan ajaran Wirathu, termasuk dari kalangan orang Buddha sendiri. “Dia menyeru ke arah kebencian dan hasutan,” kata Abbot Arriya Wuttha Bewuntha, seorang sami di pusat ibadat Myawaddy Sayadaw, Mandalay. “Ini bukanlah ajaran Buddha. Apa yang diajar dalam Buddha berkenaan kebencian adalah salah, kerana Buddha melihat semua orang adalah sama. Agama Buddha tidak menilai manusia melalui agamanya.”

Namun, kritikan yang diberikan keatasnya tidak meninggalkan kesan kerana pengaruhnya yang besar kerana mengetuai 2500 orang sami di pusat ibadatnya. Beliau juga memiliki ribuan pengikut di media sosial seperti Facebook dan juga Youtube.

Banyak sumber menyatakan Wirathu telah dijadikan boneka oleh pihak tentera bagi menimbulkan huru-hara dari terlaksananya demokrasi, namun beliau menangkis tuduhan itu dengan menyatakan bahawa ini adalah kepercayaan beliau sendiri, dan beliau mahu dunia tahu mengenainya.

Wirathu juga menegaskan bahawa “perkembangan populasi” penganut Islam di Burma bermaksud “mereka akan menawan negara kita pada akhirnya.” Sambungnya lagi, “Apabila kita menang di medan pertempuran ini, kita akan bergerak ke sasaran Muslim yang lain.”



Sumber : Focuss.my

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ashin Wirathu, Dalang Kebencian Islam Di Myanmar
Ashin Wirathu, Dalang Kebencian Islam Di Myanmar
Menggelarkan dirinya "Burmese Bin Laden", Ashin Wirathu adalah dalang disebalik kebencian terhadap agama Islam di Myanmar.
https://1.bp.blogspot.com/-n1cegodOZ1U/VWVHlnxV3lI/AAAAAAAAB1w/MwHUODmax9c/s640/ashi%2Bwirathu%2Bdalang%2Bkebencian%2Bterhadapa%2Bislam%2Bdi%2Bburma.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-n1cegodOZ1U/VWVHlnxV3lI/AAAAAAAAB1w/MwHUODmax9c/s72-c/ashi%2Bwirathu%2Bdalang%2Bkebencian%2Bterhadapa%2Bislam%2Bdi%2Bburma.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2016/07/ashin-wirathu-dalang-kebencian-islam-di.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2016/07/ashin-wirathu-dalang-kebencian-islam-di.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy